Saturday 31 March 2012

My Liqa'

Bismillahirrahmanirrahim.


# Post guna bahasa ibunda lah pulak  ^_^


Sebenarnya nak share la sesuatu yang aku dapat hari ni. Sehingga membuatkan aku berfikir banyak kali. Berfikir dan terus berfikir. Nak dijadikan cerita, tengahari tadi aku pergi Liqa' aku dekat cafe. So, korang tau tak ape tuh liqa'? Liqa' atau usrah atau bulatan gembira adalah suatu kumpulan yang mane diketuai oleh seseorang yang dipanggil naqib/naqibah yang mane beliau akan saling menasihati atau share sesuatu kepada ahli kumpulan bagi tujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Lebih kurang macam tuh la, aku pun tak berapa arif dalam bab memberi definisi sesuatu perkara. 


Naqibah aku adalah seorang kakak yang sangat aku respect, sangat aku kagum dengan keperibadian beliau, sangat sejuk mata memandang. Tidak pernah lekang dengan senyuman.
Walaupun jujur lah aku cakap, aku lah orang yang paling tak rapat sekali dengan beliau, berbanding sahabat aku yang lain, mungkin sebab aku dah di "blacklist" gara-gara kemalasan aku untuk turun join Liqa'. Namun dalam diam, aku menyimpan suatu perasaan untuk mencontohi beliau. Aku sedar, siapa jelah aku ini berbanding sahabat liqa' aku yang jauh lebih baik daripada aku. Bagai langit dengan bumi. Mereka lebih terkehadapan dari aku, mereka punya lebih banyak ilmu agama, mereka lebih bijak berbicara, dan obviously, mereka memakai tudung labuh tetapi aku sebaliknya. Jadi wajarlah untuk aku nyatakan di sini, aku berbeza dalam kalangan mereka.


Bagi perisian kami kali ini adalah, kami perlu sediakan kertas dengan pen, kemudian akak naqibah suruh senaraikan 20 impian kamu sepanjang keberadaan kamu di universiti ini. Bukan kah kami punya tiga tahun lagi sebelum graduate, jadi kami perlu nyatakan apakah impian kami dalam jangka waktu tuh la. So, korang nak tau tak ape yang aku tulis? Ni aku type balik, aku tak tipu tau.


20 IMPIAN AKU SEPANJANG BERADA DI UNIVERSITI
1.  Dapat dekan
2.  Nak ramai kawan
3.  Nak jadi rajin
4.  Nak try buat program sendiri
5.  Nak berbisnes sendiri
6.  Nak dapat Leftenan Muda
7.  Nak improve speaking
8.  Nak cakap arab fluently
9.  Nak sumbang sesuatu untuk universiti
10. Nak bawak kereta sendiri 
11. Nak jadi lebih berdisiplin
12. Nak dapat anugerah
13. Nak jumpe face to face dengan NC/Dekan
14. Nak tingkatkan softskill
15. Nak mahir Photoshop
16.Nak amalkan apa yang di belajar
17. Nak homat orang lain, supaya mereka jua bisa hormat kita
18. Nak balance duniawi & ukhrawi
19. Nak pandai bagi tazkirah
20. Nak belajar & tingkatkan ilmu sebanyak yang mungkin.


Haaaa, banyak tak impian aku? Gara-gara masa yang diberikan pun, tidak lah lama. Maka aku tulis lah sebahagian yang aku ingin capai. Belum tentu semua tercapai. Tapi aku percaya dengan prinsip, kalau anda nak, kalau anda betul-betul nak, pasti dapat. Dipendekkan cerita, akak naqibah suh pilih lima impian yang sangat-sangat anda impikan. Arahan ini yang membuatkan aku bingung, lantas aku ambil masa yang sangat lama untuk memilih. Aku jadi tak tentu arah pulak, sebab tak dapat nak decide yang mane satu impian yang sebenarnye aku nak. Jadi aku pilih jela lima yang terbaik untuk aku.


Lima perkara ini, aku rahsiakan lah dari korang. Sebab aku rase, korang pun tak nak tahu kot. Biarlah empunya belog ni je sorang yang tahu apa yang diinginkan atau yang dicapai dalam masa terdekat ni. Lepas tuh, akak tuh cakap,


 "andai kamu ditakdirkan kemalangan, masuk ke dalam ICU misalan, kamu tahu kamu punya waktu yang sangat suntuk, sila pilih satu sahaja perkara yang kamu ingin lakukan sebelum kamu pergi."


Aduhh, saat tuh, aku memang betul-betul terpana. Aku tak tau la nak cakap macam mane. Sebab sah-sah lah pilihan aku telah jauh tersesat dari landasan yang sebenar. Aku ibarat ade besi besar dari langit, turun jatuh, terhantuk kene kepala aku time tuh. Hadess, sakit nye bile kene! Aku renung kembali, kesemua impian yang aku tulis tuh tadi. Banyak persoalan datang bertubi-tubi, kalau betul lah aku mati esok, adakah ini impian yang aku hendak lakukan? Yang mana aku perlu dahulukan? Impian aku ini adakah hanya semata-mata untuk kesenangan dunia? Jawapan nya, ya! Aku tidak nafikan, kepentingan dunia bisa mengaburi mata seseorang. 


Aku jadi segan sangat time tuh. Apatah lagi akak naqibah suruh share pilihan impian yang satu ini dengan sahabat-sahabat lain. Aku kagum malah cemburu mendengar satu persatu impian mereka.


"impian saya adalah untuk menjaga hubungan dengan Allah, rasul,ibu bapa dan sahabat"-kata sahabat aku
"حبل من الله وحبل من الناس"

Macam-macam perkara yang diulaskan semula tentang aktiviti kami tadi. Aku, baru tersedar. Alhamdulillah, andai aku boleh sedar, aku nak sahabat-sahabat aku yang lain juga turut sedar. Alangkah syok nya kalau kita masuk syurga ramai-ramai, berbanding sorang-sorang je. Betol tak ? Jadi, aku rasa tak rugi aku join liqa' tadi walaupun permulaan kalam, aku rasa tak ikhlas nak pergi. Allah tuh Maha Mengetahui & Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Ubah la mentaliti anda semua, aku seru terutama mahasiswa mahupun mahasiswi yang hanya mengejar pointer semata. Itu bukan lah matlamat utama, insyaallah tajdid niat & berusahalah!


Sekian, itu sahaja perkongsian aku. Apa yang baik, jadikan teladan, yang buruk korang abaikan disandarkan atas kelemahan diri aku ini. Wallahua'lam.



2 comments:

  1. Bagus-bagus. Pengisian blog ini,menyentuh hati.
    Sob,sob,sob..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Sekadar perkongsian biasa je.

    ReplyDelete