Monday 18 March 2013

Ahaks!



Hahay, mestilah I ingat ok. Kepada orang yang perasan atau sedang baca my belog ni. Just wanna wish you
Happy Birthday frens! May Allah bless you and ease you in everything you do. Study elok2, 
Jangan nakal2. Jadi lah budak soleh okay, solat jangan sesekali tinggal. Masak? Haish..udah2 ler masak..
Mengalahkan gua pulak. Hahahah. So, truly sorry for this late wishes. Hopefully you will success in your life okay. Ade rezki, kita ketemu lagi. Daaa.

Friday 1 March 2013

Sepenuh Pengharapan [Trial] - Bapak

Kalau benar lah kita nak akan sesuatu. Kita perlu tunjukkan kesungguhan kita tu. Sanggup atau tidak.

Wan, ang betoi ka minat kat Milah?

Sungguh bapak. Wan dah lama kenan kat Milah. Tinggai restu bapak ja.

La ni bapak tengok Subuh ang pun Subuh gajah memanjang. Selagi mak ang tak kejut, tak dak nya ang nak bangkit. Ada hati nak kahwin anak dara orang?

Wan diam. Tidak melawan. Memang betul apa yang bapak sebut.

Ang nak bagi Milah makan pasir ka? Kerja pun takdak. Belajaq pun malas. Lagu mano ni Wan? Dok menggatai watpa.

Wan tak menggatai. Wan cuma...................

Tiga tahun kemudian.

Baiklah, setakat itu sahaja untuk hari ini. Kita sambung lagi minggu hadapan insya-Allah. Kita sudahi dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr. Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Para pelajar sibuk mengemaskan barang masing-masing. Kelas Fiqh Munakahat sudah habis. Ustaz yang mengajar mereka nampak muda. Seolah-olah jarak beza umur selang satu atau dua tahun.

Tak sangka Ustaz Ridwan tu dah kahwin kan! Melepas lah kita...

Haah tau takpe. Nasib baik lah dah kahwin..dapat pulak wife yang comel. Sweet tengok..

Aku berlalu pergi tanpa mempedulikan mereka.
Suatu ketika dahulu aku pernah berada di tempat yang paling bawah sekali. Aku takkan pernah lupa. Tapi bapak lah yang sentiasa menjadi pemberi semangatku. Hinggalah aku kini bergelar seorang ustaz. Dan juga seorang suami kepada tulang rusukku. Bakal menyusul akan datang, seorang ayah kepada darah dagingku.

Terima kasih bapak.