Sunday 29 April 2012

Bertunang.

Bismillah.

Baiklah, sekarang ni aku tengok memang musim kahwin je.
Barakallah aku ucapkan untuk mereka yang sudah mendirikan masjid.
Tengok dorang nikah pada umur yang sangat awal..aku rasa so sweet. Hehehehe

Aku dengan roomate aku, asyik lah bercerita panjang pasal topik ni.
Tetap tak jumpe pengakhiran cerita ini.
Biasa lah baitul muslim ni, memang dah lali dengan mahasiswa/siswi sekarang ni.
Tak salah pun bercerita pasal ni, sebab realiti nya kita akan lalui jugak nanti. Insyaallah hahaha.
Aku bukan nak bercerita panjang pasal bab kahwin,
Korang kene la p kursus kahwin, baru lah tau.

Sebenarnye, aku baru dapat khabar dari kenalan aku dalam bulan ni, bahawa beliau telah putus tunang.
Jadi, perkara ini yang membuatkan aku terfikir dua tiga kali.
Adakah ini menjadi salah satu faktor wanita/lelaki berkahwin pada usia yang lewat?
Atau yang menjadikan mereka takut untuk berkahwin.

Aku ingatkan, orang yang sudah bertunang ni,
Bahagia je hidupnye.
Kita tak pernah sangka dalam waktu tunang ni pun, boleh dilanda badai.

Mungkin, senang lah bagi aku untuk nasihatkan kenalan aku itu, agar jangan terlalu bersedih.
Tapi manusia kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tuh.
Aku tak rasa, apa yang beliau rasa.
Kalau lah aku letakkan diri aku di tempat beliau, mungkin aku pun tak sekuat beliau.

Aku tak tahu apa punca beliau putus.
Baik atas kemahuan pada pihak lelaki atau perempuan.
Bukan lah tugas aku untuk memihak pada siapa-siapa.
Namun, ini sebagai pengajaran kepada rakan-rakan yang lain.
Bertunang mahupun nikah bukanlah perkara main-main, bukan hanya sekadar aku suka kau. Kau suka aku.
Bahkan lebih dari itu.

Sedangkan yang sudah bertunang boleh putus, apatah lagi kalau dah kahwin. Nauzubillah.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.
Niat aku tulis ni, bukan untuk membuka pekung siapa-siapa, tetapi dijadikan teladan.
Wallahua'lam.



Thursday 26 April 2012

Cameron Highlands.

Selamat Siang.
Gara-gara aku ditenggelami dengan timbunan assignment oleh lecturer. Maka, aku tidak berkesempatan untuk terus konsisten dalam mengupdate belog. Tapi, setelah lecturer grafik aku mewajibkan semua pelajar update belog, inilah waktu yang paling sesuai sekali rasanya.

Baiklah, nak dijadikan cerita. Minggu lalu, aku telah pergi melawat Cameron Highlands untuk kali ketiga dalam tahun ini. Best bukan? Bosan gilaaa.

Kali ni krew produksi kami beraksi di Cameron Highland. Bosan lah asyik shoot kat Singapore dengan Bandung jer kan. Percaya tak? Serious, aku tak tipu. Aku dah lame terlibat dalam bidang ni, cuma ramai kawan-kawan tak tahu. Hahahaha jadi, bertolak lah kami. Ape yang pasti, kami menggunakan laluan yang membuatkan otak aku migrain, kepala bergegar. Bahaya jugak lah sebab laluan sempit, kalau korang tembung pulak dengan belakang lori lagilah lambat. Nak potong? Ha, ni lah jwabnye.


Menjadi perkara biasa, untuk orang yang mabuk kereta sehingga muntah. Kami mengambil inisiatif, berhenti lah kami seketika di tempat orang asli kot. Kami singgah jap kat tepi jalan. Amik udara, sambil-sambil tuh snap satu gambar.



Lepas tuh, the best part is kami tido dekat Equatorial Hotel! Ewwwww sila lah jeles dengan kami! Ok, serious hotel ni boleh tahan. View pun indah belaka. Jadi, aku suggestkan hotel ni untuk sesiapa yang nak datang Cameron. Huhu, padahal banyak je, homestay murah kat sini. Google pun dah boleh dapat.


Dengan muka teruja nye kami sampai kat sini. Well, bukan tak biasa dengan hotel besar camnih. Tapi sebab sifat kami yang childish ni kot. Hahaha meriah rasenye hotel ni dengan kehadiran kami sahaja :P


Jadi, datang bukan untuk bersuka-ria sahaja. Tapi ade Big project kali ni kenelah kerja lebih sikit. Nak hasil yang luar biasa, usaha pun luar biasa la jugak. Naaaaa, yakan? Hahaha. Ni antara serba sedikit kerja kami kat sane.Credit sejuta untuk tiga orang kuat iaitu kak jaja, kak tira, kak aisyah. Korang awesome la.




Antara orang kuat projek.

Dah alang-alang sampai sini, maka menjadi perkara Wajib untuk sesiapa yang singgah di Cameron untuk pergi ke Pasar Brinchang. Barang-barang biasa yang dijual macam-macam contoh key-chain lah. Sebab korang mesti nak bawak untuk jeleskan kawan-kawan yang tak ikot korang tuhh. Hahaha, makanan kat sini kene pandai carilah. Kebanyakan penjual terdiri daripada orang Cina kat sane. Semua sedia maklum lah kan.


Untung la beli dekat amoy. Hehehe

Kalau dah name pun Cameron Highlands, mesti lah ade strawberry kan. Apatah lagi strawberry chocolate. Pehhh memang lah berebut sume orang. Plus, ladang teh tak ketinggalan jugak yer. Scene wajib aidhon.






Sebelum pulang, sempat lah jugak kami singgah di lata iskandar. Sebab on the way nak balik kl, lalu jugak kat sni.




Aku akhiri entry produksi kami kali ni dengan satu gambar. Biarlah pahit permulaannya, tetapi diakhiri dengan kemanisan di penghujungnya. Peace from me. Lots of love, Cikmeezo :)


Monday 16 April 2012

So sweet


Wahai orang kampung,
Kalian dengarlah ada orang mahu bicara.

Sang puteri lahir ke dunia,
Cukup sifat, sempurna segalanya.

Kini tiba saat dan ketika,
Dirisik kalian rakyat jelata.

Namun sayang, hentikan sahaja.
Hati puteri terpaut sudah.

Siapa lagi kalau bukan si Putera,
Yang penuh ilmu di dada.

Mereka tahu sabar itu kuncinya,
Puteri percaya waktunya akan tiba.....


p/s : Entry khas untuk saudari seangkatan aku. Hahahahahahaha. Habis la aku lepas ni, ade orang mengamuk! or maybe not :D

Sunday 15 April 2012

Entry pendek.

Salam.

Aku tadi baru habis menjahit, sehelai tudung je pon.
So, aku sangat kagum la kat diri aku ni kan.
Sape lagi nak kagum, kalau bukan diri sendiri. ^_____________^
Sebab nye, tadi baru belajar jahit dengan akak aku.
Kalau tak caye, mesti kakak aku akan bace entry ni nanti.
So, dila, please comment untuk backup aku ye. Hahaha sebagai bukti.

Tuh la, kali terakhir kau pegang jarum zaman bila lahai cikmeezo.
Eh jap, oh aku baru teringat.
Last aku pegang jarum, aku jahit nametag untuk loreng palapes. Hehe.
Memang terkedek-kedek la aku nak jahit tuh.
Lagi pun, aku ni tersangat la bijak. Hari terakhir sepanjang cuti, malam ni la baru nak jahit.
Malam pulak tuh. Mate nampak ape je la kan.

Jadi siaplah tudung express cikmeezo. Sekian.

Warning : Entry ini tiada gambar. HAHA sebab jahitan yg sangat buruk.


Friday 13 April 2012

Kawan sekolah.

Assalamualaikum.

Nak dipendekkan cerita, aku rindu gila kat kawan-kawan sekolah aku!
Nak masuk zaman sekolah balik. Please!!!

Tadi pergi ziarah ustazah dekat sekolah kejap. Jumpe la adik-adik ni.
Best nye dapat masuk sekolah.
Padahal dulu, beria nak tamatkan zaman persekolahan. Ceh! La ni, baru hang tauu na..

Sekali imbas zaman sekolah aku. Heee.


SRIK -Darjah dua kot. Seingat aku, time ambil gambar ni, aku tengah tengok abang angkat kawan aku. Hahahaha. Long story. Tak bley belah kan?

SKTSA- Aku pindah sekolah ni time darjah empat je, terus dapat kelas depan. So, agak cool di situh. Hahaha. Before this, tak pernah merasa kawan dengan chinese and indians. So, time nih baru lah kenal. Cute nye sume.


SRA TKJ- Okay, ni bukan gambar formal. Tapi believe me, waktu ni zaman kanak-kanak. Tiada perasaan antara lelaki dan perempuan. Asyik gadoh je memanjang. Hahaha. Rindu korang!

Inilah kelas 6 Sri. Budak-budak ini kelas sangat lah pandai except aku lah. Setahu aku, sekarang dorang dah berjaya. Sambung study sana-sini. Kagum sangat dengan korang tau.


SAMTSH - Huaaaaaaaaaaaaaaaa. Ini sumpah rindu giler-giler. Sampai tak tahu nak cakap macam mane. Korang sume dah fly egypt tinggalkan aku kat Malaysia! Hez pulak sesat kat Rusia. Huhu. Kelas yang sangat kecoh, kelakar dan entahlah. Aku appreciate sangat korang tau tak! Rindu dekat mar, didi, maya-chan, hez,syud, mira, aimi, zida, intan, zaf, raja, jijot, nawer, hairil, azrul, arif! Baik tak aku tulis name korang? :D


Zaman STAM, gambar ni seribu kenangan untuk aku. Siapa yang berada dalam dewan ni je, yang ingat, ape yang berlaku time tuh. Abang, adik aku pun ade dalam dewan ni. Hadoyyy, sabar jelaa. Apa pun, soalan yang ditanya oleh akak tuh " Adakah anda akan sambung Mesir?".  Sampai sekarang, orang pelik dengan aku, kenapa aku tak pergi. Boleh dikatakan almost 60% kawan-kawan aku dalam pic ni, alhamdulillah dah sampai sane. Aku doakan korang berjaya ye! =)

Tuesday 10 April 2012

Cuti.

Teman aku ngeluh, katanya "penatnya jadi yang terbaik"
Aku ngerti.
Aku juga pernah sebegitu.
Haruslah penat! Kalau mudah, semua orang bisa jadi terbaik.
Untuk jadi yang terbaik, butuh usaha yang luar biasa baik.
Setuju?



Sekadar peringatan khusus buat empunya belog. Juga teman seperjuangan.


Saturday 7 April 2012

Terimas.

Bismillahirrahmanirrahim.


Semalam aku baru selamat sampai di rumah. So, aku baru lah bukak bungkusan khas tuh yang datang jauh dari negeri Perlis. Kesian kat orang tuh, dah send box tuh lame, tapi disebabkan aku baru balik. So, mesti dia ternanti-nanti respond aku. Perasan lebih tak? Hahaha. Annoying betul lah cikmeezo ni.
Maka aku bacalah kad yang membuatkan aku terharu tuh. Sengih panjang aku.

Aku bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi just nak tunjuk je. Aku dapat nih wey! Tak pernah-pernah orang bagi. So, aku punye tahap excited tuh lebih sikit. Tak sabar nak gune. Korang tau tak mende ni?


Ok, sumpah baju kurung ni sangat lawa hokay! Tak sabar nak pakai. Jelez lewwtueeeeeee

p/s : Terimas kak dee!! You always remembered me, but I'm not. I harap jodoh kite panjang. Kalau u jadi kakak ipar I yang real, memang bertambah panjang la jodoh kita. Sekian. HAHA

Tuesday 3 April 2012

My happy day

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, tadi baru balik dinner dengan abah. Dinner la sangat, ayat nak gempak jer. At least, aku dapat menggembirakan hati aku ni even sekejap sahaja. Al maklum lah siapa lagi nak hiburkan hati kalau bukan diri sendiri. Hari ni sume bende jadi tak betul. Asal tak betul je, mesti hari ni. Sadis kan kawan-kawan?


Tapi tak mengapa, aku redha. Eh, itu pasrah nama nya. Jadi, oleh itu pada hari yang berbahagia ini, aku nak buat ucapan lah untuk seseorang. Memang khas aku nak buat untuk dia.


Kepada awak,
Saya berharap awak dapat beristiqamah dalam segala perkara kebaikan yang awak lakukan.
Saya nak awak bertahan dalam setiap ujian yang Allah bagi, saya tak nak awak sedih lagi.
Saya harap awak dipermudahkan dalam segala urusan.
Saya harap awak akan jadi insan yang mampu memberikan manfaat kepada orang lain kelak.
Saya nak awak dapat jaga diri awak tuh elok-elok.
Saya nak awak belajar betul-betul.
Saya nak awak berjaya grab what you want.
Saya nak tengok awak graduate nanti.
Saya nak tengok awak bahgia bersama orang tersayang.
Saya nak awak jadi kuat.
Saya nak awak jaga hubungan dengan orang lain yer.


Insyaallah moga Allah kabulkan. Ameen.






Orang yang aku maksudkan kat atas tuh, mestilah untuk diri aku sendiri. Happy besday awak, sweet 20. Kbai peace!

Sunday 1 April 2012

Part-time photographer

Assalamualaikum. Salam kerinduan.


Gempak tak tajuk aku? Bermula lah kisah, pabila aku jadi photographer bidan terjun tadi untuk Program Sukaneka Ukhuwwah Blok C. Maka dengan ini aku isyiharkan kepada seluruh alam bahawa aku tidak punya skill "menembak" lagi. Sesungguh nya menjadi suatu impian besar untuk aku menjadi seperti sahabat-sahabat aku yang lain. Mereka sudah taiko dalam bidang ini berbanding aku yang hanya sekadar mampu meminjam camera budak lain dan berlagak sombong guna tak hengat dunia, ibarat camera sendiri. Jujur tak?


p/s : Ikuti post aku akan datang pasal Sukaneka ye. Aku butuh waktu karena assignment melambung tinggi.