Friday 19 July 2013

Ramadhan - Musafir Negeri Serambi Mekah

Assalamualaikum dan rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan Kareem buat semua. Khusus buat pembaca setia yang sudi menjengah blog aku yang tak seberapa ini dan masih lagi dihuni dengan habuk dan sawang. Moga aku dapat sucikan dengan entry yang dapat memberi manfaat buat kalian termasuk la diri hamba.

Pertamanya kita mulakan dengan ucapan Alhamdulillah kerna hari ni masih mampu bernafas lagi. Segala Puji Bagi Allah, terima kasih sebab aku masih dapat berpuasa sehingga saat ini. Diberi segala nikmat Tuhan yang tidak terhingga. Lalu, nikmat mana yang hendak kau dustakan?

Entry kali ni, aku cuma nak berkongsi sepertiga pengalaman yang puas aku dok kutip sepanjang keberadaan aku di luar negeri. Cewaaah, al maklum lah ye luar daripada negeri Selangor kan. Akhirnya mimpi ku menjadi kenyataan. ayat bajet power Sebenarnya dah lama aku menyimpan hasrat yang terpendam ni. Nak ziarah ke Bumi Kelantan. Biasa lah, lama dah berkawan dengan orang Kelantan. Aku pulak memang minat loghat sana. Sakan  betul saing aku  dok cerita pasal Kelantan kan. Itu yang menarik minat aku untuk pergi, tambah pulak rasanya last aku pergi waktu zaman hingusan aku dulu. Jadi, aku nak merasai nya sekarang tak kisah lah waktu puasa pun. Hehehe.

Diizinkan tuhan, ceritanya bermula macam ni. Waktu exam lepas, tengah duduk berborak tiba-tiba terplan nak berpuasa kat Kelantan. Pastu makin lama, plan tu jadi suram. Takde sape nak organise. Minggu pertama puasa, message masuk dalam inbox. "Salam nak pergi kelantan tak?". Gila kau ! Sape taknak kan. Tapi aku tak tau nak pergi sana macam mana. Kebetulan, buddy kesayangan aku tu ajak teman naik kereta dia. Well yang drive of course bukan kami. Tuan kami yang jadi driver setia. Paling setia. Hahaha.

Perjalanan kami tiga orang dianggarkan selama tujuh jam. Laju ke tak tu? Aku pun tak tau. Yang pasti, driver memang bawak laju dah. Aku sebagai penumpang di belakang memang conquer habis. Tidur adalah ubat yang paling mujarab. Buddy aku tahan, tak tidur gara gara nak temankan Tuan. Takut orang tu ngantuk pulak kan.

Berhenti solat kat sini jap

Lepak tidur jap dalam kereta

Tiba sahaja di sana, aku mula lah tengok pemandangan alam. Bajet pelancong habis lah duk rakam bagai. Tapi suka hati I lah kan. Memang aku teruja nak pergi.


Banyak betul cawangan Bilal kat sini Hahaha





Ku sangka Kedah je penuh dengan sawah padi. Ghupenye..

Kitorang sampai je kat sana, terus pergi bazar kat Pasir Mas tuh. First time la tengok makanan tempatan yang tak pernah aku jumpa. Banyak gila aku tak tau. Nasib la ade jual gak murtabak kat sana. Aku tengok makcik tu sekali jual kuih banyak gila jenis. Habis penuh satu meja tu ha. Puas la aku dok tanye Tuan, "Kuih ape tu Tuan? Yang tu..yang ni..yang warna ni ape?" Hahaaha kesian kena layan aku. Buddy aku ni memang dah serba serbi tau la sket. Biasa lah, dia nak nikah dengan orang kelantan kan. Hihi

Hari pertama tidur dekat rumah Tuan. Nasib la family dia sangat memahami kami. Jumpe la bohh,maa Tuan tu. Layan kitorang macam anak raja. Cewah. Benda menarik, waktu berbuka makan kurma, buah buahan, kuih muih. Lepas tu pergi solat Magrib dulu. Pastu baru lah makan nasi. Aku kat Klang tak amal gitu pun, kami terus makan nasi. So, waktu awal lagi aku dah bantai makan kuih banyak gila sampai kenyang. Tak larat nak makan nasi, tapi dah tuan rumah hidangkan, takkan kita nak tolak mentah gitu pulak kan. Makan lah jugak dengan gigih nak habiskan nasi. Banyak gila letak kat pinggan aku.

Then, hasil kajian aku, setiap hari waktu berbuka mesti ada kuih wajib. Ha, ape dia? Akok la. Betul tak aku eja gini. Tuan, awal pagi lagi dah pergi beli. Sebab dia kata kalau petang dalam pukul dua dah habis jual akok ni. Pehh so, aku try rasa sedap la jugak. Macam kuih bakar gitu.

Ha yang ni dye pakai acuan, ade orang pakai sabut kelapa

Malam tu solat terawih dekat Masjid Pasir Mas. Aku memang niat nak iktikaf dekat banyak Masjid kat sini. Alhamdulillah tercapai huuu. So, esoknya walaupun dalam bulan puasa Tuan tetap setia nak bawak kitorang jalan jalan sana. Pergi lah area Rantau Panjang, Kota Bharu. First day tak beli apa-apa pun. Survey harga je lebih. Tapi memang murah gila lah kat sana. Aku usha, barang sini dua kali ganda barang sana. Rasa sakit pulak hati kita ni. Hehe.

Sempat lah Tuan bawak kitorang jalan area Tumpat, jalan pergi Pantai Seri Tujuh dengan Geting. Bila berjalan bulan puasa, memang lah menahan lapar dan dahaga betul. Jalan sikit, ade je tempat yang Tuan suggest " Ha kat sini makanan nya sedap, Ha kat situ kuih nye sedap, Ha kat blalalalalala...." Memang aku banyak bersabar jela. Lain kali pergi waktu selain Ramadhan ye. So, aku memang suka snap gambar. Seribu lebih gak la gambar tapi ni sebahagian sahaja. Hihi

Ni kat sempadan dengan Tak Bai kalau tak silap









Ni orang nak buat buduu




Cantik view dari sini




Cuba teka di manakah?

Masjid Beijing memang cantik. Ade feel kat sana. Hehe 


Hari kedua memang dah plan awal suruh bawak passport sebab petang tu nak across the river la katanya. Cuma risau gak kot kot la tak lepas kat Golok tuh kan. Tapi semuanya bereh. So, kita pun layan jela. Dah orang bawak masuk Thailand kita ikut jela. Rumah kat Thailand ni rumah mek kepada Tuan. Tidur sana baru ade feel betul betul kampung. Rumah kayu, belakang ade kebun buah. Family dorang pun menyambut kedatangan kami dengan jayanya. Tapi sebenarnya sambut buddy aku lebih lagi. Haha paham paham lah ye.

Mek dengan Cik (panggilan untuk atuk) ni kecek Kelantan Siam lah. Kalau nak berborak, bukan semua dia paham. Kitorang lagi lah tak paham bahasa dia. Tapi dengan bantuan Sarah, adik Tuan maka komunikasi  kami jadi best lah. Gelak je dengar Mek kecek. Yang aku paling terharu, kitorang siap disediakan kelambu pink besar macam baby punye tuh. Tapi memang besar lah! Tak pernah aku jumpa dan guna waktu sekarang. Memang syok habis dan malam tuh tidur dengan nyenyak sekali. Bangun-bangun je makanan dah siap. Hadoi, gagal betul anak dara.

Kat sana, sempat lah pergi bazar kat Golok tu. Tengok tepi jalan orang Thailand ni tak payah pakai helmet pun. Sekali naik motor, tiga empat orang ha. Memang dasat jugak dorang. Aku ingat lagi, waktu sampai kat rumah Mek, Cik yang mula-mula tanya. "Tak takut ke datang sini?" Aku macam pelik apa yang nak takutnya. Rupanya yang kes bom tuh masih ada kat sini. Patut aku tengok kiri kanan ade askar pegang M-16 der. Boleh dikatakan sepanjang jalan ade macam roadblock tapi takdelah tahan kitorang pun. Moto kat sana pun kalau parking, sit kene bukak sebab takut ada orang simpan bom. Hoho, so kalau korang takut, toksey la pergi sana. Hahaha. Ni ha, kenangan aku kat rumah sana.

Best doh buaian ni, lama tak main kan

View dari depan, tepi tuh tempat parking kereta

View dari belakang rumah Mek

Penoreh getah yang berjaya. Poyo gila

Aku baru tau pokok salak ni rendah rupenya

Mereka sangat fokus waktu mengutip buah ni

p/s : Ade banyak lagi sebenarnya aku nak cerita. Nantikan next entry aku yer! Tunggu...heheehe kalau bosan tengok entry ni pun takpe. Ade aku kesah? Selamat berpuasa berterawih bertadarus!
















Monday 1 July 2013

Sebenarnya...saya kisah silam dia.

"Habis tu yang kau gatal nak pergi jumpa dia jugak, dah kenapa?? Kau jugak yang merana kan!!" soal Farah bertubi-tubi dekat aku. Entah la. Aku sendiri tak mampu nak jawab soalan tu. Kadang aku sendiri tak paham. Aku cuba untuk penuhi hasrat hati aku ni, sedangkan aku dah tau hakikat jawapan nya. Dia sudah dimiliki orang.

Dua minggu yang lepas, Nadia mengikuti sebuah program "Anak Angkat" di sebuah daerah berhampiran Bandaraya Johor Darul Takzim. Dia menjadi sukarelawan di sana.Nadia seorang yang degil, dia tetap dengan keputusannya walhal, dia sudah tahu bahawa Afiq akan turut serta dalam program itu. Sepanjang program, Nadia berasa hatinya berbunga. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.Kesempatan ini, Nadia gunakan sebaiknya untuk berasa dekat dengan Afiq, pemuda yang pernah menjerat hati Nadia suatu ketika dahulu sewaktu bangku sekolah.Namun, kisah mereka terhenti kerana Afiq menyambung pelajaran di luar negara.

Afiq nampak bersahaja apabila bertemu Nadia. Tiada reaksi yang luar biasa, senyuman diukir terus saat disapa Nadia yang dari jauh sudah kelihatan. Kelihatan, hanya Nadia sahaja yang dikenalinya, sedangkan sukarelawan yang lain muka-muka baru lagi. Afiq kekok, mungkin kerna belum berkesempatan untuk bertaaruf lagi.Kebetulan, sewaktu rehat mereka bertembung. Afiq memulakan perbualan. Mereka bercerita seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku antara mereka. Memang benar mereka tidak pernah couple, akan tetapi Afiq pernah melamar Nadia menjadi suri hatinya. Saat itu, Nadia merasa sangat bahagia namun, dia terpaksa menolak kerna baginya, mereka berdua masih tidak matang lagi. Tak lama selepas itu, Afiq mendapat tawaran untuk sambung belajar di Timur Tengah.

"Tolong lah wei, tanyekan kat dia. Aku cuma nak tau, dia dah berpunya ke belum. Tuh je!", Nadia menaip di  chatbox mukabuku. Dia yang telah lost contact sejak pemergian Afiq ke oversea, hanya menunggu sebuah jawapan. Tak jemu untuk bertanya rakan yang boleh dipercayainya. "Betul kau nak tau ni?, dia dah berpunya lah. Dengan orang Kedah". Itulah pengakhiran jawapan yang dinantikan Nadia selama 3 tahun. Noktah!

Program Anak Angkat itu melibatkan 112 orang sukarelawan terdiri daripada mahasiswa seluruh Malaysia. Nadia dan Afiq termasuk dalam golongan yang bertuah itu. Afiq pulang bercuti di Malaysia dan mengisi masa lapang nya dengan menyertai aktiviti kebajikan seperti ini. Sewaktu program, Afiq selalu berhubung dengan Nadia pasal hal program dan Nadia berasa selesa dengan kehadiran pemuda itu. Tetapi Nadia tidak hilang arah, dia masih berpijak di bumi nyata. Pemuda yang berada di hadapannya itu, sudah dimiliki orang. Nadia sedar, tetapi dia tidak mahu perasaan itu menyelubungi dirinya kembali. Cukuplah tangisan Nadia suatu ketika dahulu, perit dan bukan mudah untuk melupakannya.

Semua sukarelawan bersantai melakukan aktiviti dan diperkenalkan dengan keluarga angkat masing-masing. Suatu pengalaman baru bagi Nadia, seorang gadis bandar yang hakikatnya dia sendiri tidak reti memasak. Habis dibebelnya Mak Som, emak angkat Nadia yang baru. "Anak dara tak reti memasak, nanti  laki ko lari cari bini lain tau tak. Nadia dengar tak ni?", Nadia buat-buat tidak dengar lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain. Nasib baiklah Mak Som banyak bersabar dan sepanjang tiga hari bersama, Mak Som sudah mengerti perangai Nadia ni baik budaknya cuma nakal tu dah sebati dalam diri Nadia.

Malam itu,Nadia tidak dapat lelapkan mata. Dia teringat dulu sebelum Afiq pergi luar negara, dia pernah dapat sebuah Al-Mathurat dengan coklat kegemarannya dari Afiq. Memang Nadia rasa terharu sangat dengan pemberian Afiq itu. Tetapi, Afiq kini dah berbeza dari yang dulu. Nadia nampak "penghijrahan" Afiq ini. Amirul Afiq kini sudah berubah, lain daripada yang lain. Afiq kini seorang pemuda yang lebih terjaga dari segi pergaulan, cara percakapan pun dah berubah. Nadia memperhatikan sewaktu Afiq bagi tazkirah dalam program. Nadia tersenyum seorang diri.

Majlis penutupan program diakhiri dengan sesi bergambar. Nadia tidak menunjukkan walau sedikit pun perasaan sedih untuk berpisah dengan Mak Som. Dia tidak mahu Mak Som bersedih. Nadia berazam akan melawat Mak Som nanti. Banyak bekalan Mak Som bagi untuk Nadia. Sewaktu hendak pulang, Afiq berjumpa dengan Nadia. "Eh Nadia, aku takde transport untuk balik lah. Aku tumpang kereta kau boleh?". Nadia terkelu. Hmm,takkan aku nak tolak pulak. "Jomlah!"

Hakikatnya, aku disuruh duduk di bahagian belakang. Afiq menawarkan diri untuk memandu. Aku protes jugak dalam hati, tak salah pun kalau duduk sebelah. Eii menjaga betul mamat ni. Aku memang tidak pernah ke rumah Afiq tetapi aku cuma tahu kawasan sekitar itu sahaja. Sepanjang perjalanan, aku cuba untuk mengajak Afiq berbual bual kosong. Kalau tak, rasa janggal pulak kalau sama-sama diam. Kadang aku terfikir, Afiq ni ingat lagi ke tak peristiwa dulu. Yelah, tiga tahun mungkin sekejap baginya. Tapi bagi aku suatu tempoh yang sangat lama. Nampaknya, memang Afiq tak pernah ungkit langsung cerita dulu. Afiq pemuda yang berkaca mata ini kelihatan tenang sewaktu memandu.

"Nadia, kalau ibu ayah aku ade kat rumah, kau singgah solat dulu yer". Hati aku berdegup kencang. Tak nak lah aku! Segan aku wei, takpelah. Tiba sahaja berhadapan rumah Afiq, kelihatan kereta ayahnya baru sampai. Ibu Afiq bukakan pintu pagar rumah mereka. Aku keluar, untuk bersalaman dengan ibu Afiq."Nadia, aku matikan enjin tau. Kau tumpang solat kat rumah aku yer". Ibu Afiq turut mengajak. Ya Allah saat itu tuhan sahaja yang tahu perasaan aku. Dilema, tetapi aku turuti kemahuan mereka.

Dapatlah aku menjengah ruang tamu rumah Afiq. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki kat rumah mamat ni. Aku disuruh solat di bilik tepi itu. Aku pasti itu bilik Afiq, sebab Afiq letak beg-beg nya tadi kat dalam tu. Alhamdulillah, usai solat. Aku berdoa semahu-mahunya. Cukup sekadar itu. Aku tidak mahu lama dekat rumah Afiq, hakikatnya aku tidak mampu. Bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada mereka sekeluarga kerna sudi menumpangkan aku solat. Sempat juga berbual pendek dengan ayah dan ibu Afiq. Dan ucapan terakhir Afiq "Hati-hati Nadia" terngiang-ngiang dalam fikiran aku, sewaktu aku hendak pulang tadi.

Kini semuanya telah menjadi kenangan. Sesuatu perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu yang takkan boleh diulang kembali. Aku akan ingat sampai bila-bila. Dalam perjalanan pulang, aku berdoa sekali lagi apa yang terbaik buat diriku. Aku tidak langsung ingin menagih kasih kembali, apatah lagi merampas hak orang lain, cuma aku betul-betul yakin segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Hakikatnya, cerita Nadia dan Afiq adalah masa lalu. Sekarang, kami berkawan seperti biasa. Tiada apa yang istimewa. Kau adalah kau. Dan aku adalah aku.

"Aku berjanji pada diriku, Nurul Nadia Binti Fazlan aku akan berubah menjadi Nadia yang baru"


Gambar hiasan.

Semoga Allah redha perjalanan hidupku.
Ameen.



Sunday 9 June 2013

Gelombang Keadilan.

Assalamualaikum. Alhamdulillah Jumaat barokah yang lepas akhirnya tertunai hajat nak pergi Global March Jerusalem (GMJ) 2013 di Dataran Shah Alam. Lama simpan hajat. Huuu, pergi berdua dengan sahabat photorapher sorang ni. Jadi apa yang aku dapat, event kali ni memang best. Mungkin sebab aku tak dapat pi yang lepas, so aku rasa this one memang terbaik.




Kami memang sampai awal petang tu. Time tu, flashmobers tengah buat rehearsal lagi. Bila dah waktu malam, makin meriah la dengan kehadiran orang ramai. Awal-awal sampai dah terjumpa Puan kami dari USIM, tak jangka langsung nak bertemu kat situ. So, menyumbang lah sedikit je pun dan dapat free gift button yang comel tu. Nak jugak tunjuk ni. Hahaha.


Ramai jugak jumpa kenalan kat sane. Tak sangka aktif betul dorang ni. Biasalah, masih gigih lagi macam dulu. Cuma aku yang liat sekarang ni. Well said, program ni mampu buka ruang kepada orang ramai untuk tahu pasal isu ni lagi. Dari golongan anak kecil sampai lah golongan emas pun still hadir. Tak masuk lagi dengan foreigners yang turut support program ni. Banyak persembahan kali ni, cuma aku suka lagu time flashmobers buat persembahan. Tajuk nya Gelombang Keadilan. Terasa "semangat" waktu nyanyi. Nanti try la dengar lagu ye.

So here are some pictures, kalau nak tengok live boleh kat youtube terus. 




Faizal Tahir pun ada. Jangan main2.
Sedap oh lagu yang kids ni nyanyi. Sukee
Protect Jerusalem

Gabungan Yasin - Faizal Tahir.
Nak ucapkan tahniah kepada pihak penganjur sebab berjaya buat event kali ni. Walaupun hujan, langsung tak patahkan semangat orang macam kami ni nak tengok. Nasib baik la bawak payung. Hehe. Message utama yang nak disampaikan memang dah nampak. Well, kutipan malam tu pun kira alhamdulillah. Rasanya tahun depan akan lebih meriah lagi dengan geng muda. Best rasa dapat jumpa teman lama kat sekolah dulu. Huu. Ok setakat ni sahaja. Esok my first exam! Doakan yer. Jzkk.


Credit photo to : Putery Memory & CikMeezo.
More photo kat Fb I okay ^_^

Saturday 13 April 2013

Teguran.

Bismillah.

Apa yang memberi aku kekuatan untuk menulis kali ni ye? Sebab ade seorang hamba Allah ni, yang mana, dari gaya penulisannya, seakan-akan ingin memberi aku suatu "hint". Tapi sampai sekarang, aku tak dapat tangkap lagi apa yang dia hendak sampaikan. Tak dapat aku nak lelapkan mata memikirkan apa maksud tersirat itu. Aku cuba untuk mengagak, tapi sayang. Jangkaan aku salah katanya.

Jujur aku katakan, aku tidak kisah jikalau ada yang sudi menegur kekhilafan mahupun kekurangan aku. Aku kan super-cool woman. Aku mampu terima asalkan nasihat yang diberikan haruslah secara berhikmah. Nak tegur direct? Pun boleh, aku tetap boleh terima dengan kewarasan akal aku yang mampu lagi membezakan mana yang hitam atau yang putih.

Sebulan lepas, seorang sahabatku bercerita akan perihal beliau yang pernah menerima sms daripada rakan lelakinya yang menegur akan cara pemakaian beliau sewaktu kuliyah. Aku rasa geram. Aku seakan-akan tidak boleh terima cara itu. Bagi aku, maybe budak lelaki itu rasa, itulah pilihan yang terbaik sebab tegur direct kepada empunya badan. Akan tetapi, boleh tak dia rasa apa yang sahabat aku rasa?? Ungkapan budak lelaki itu katanya, dia tegur kerna sayang akan sahabat-sahabatnya dan tidak mahu mereka jauh dari landasan syariat yang sebenar. Aku paham sangat. Aku sedar akan niat murni dia. Cuma, please put yourself in someone else's shoes. Come on!

By the way, itu cumalah pendapat picisan aku seorang hamba yang lemah. I don't really care if ade yang nak disagree. Yes you can sebab aku boleh menerima dan aku pasti ada yang akan membantah beserta hujah yang kuat. Silakan dan aku bersedia untuk mendengar. Kadang kita rasa kita kuat, padahal at that time kita dah berada pada kondisi paling bawah. Suatu amalan bermula dengan niat. Pernah aku berpegang pada prinsip, hidup ini jangan hipokrit. Aku perlu jadi diri sendiri. Justeru, aku masih dalam pencarian apa yang terbaik buat aku. Ilmu untuk diamal, bukan untuk show off. Moga Allah memberkati aku dan rakan-rakan seperjuangan aku dalam memburu impian kami untuk saham akhirat kelak insya Allah.

I just found this funny quote,

" Hampa nak pakai tudung labuh ka, nak pakai tudung litup satu kepala ka, nak lilit atau belit kain ka, nak pasang purdah ka, nak pakai bawal biasa ka, nak sarung apa yang boleh disarung ka, asalkan menutup aurat mengikut syariat, dah boleh jadi calon bini "