Monday 18 February 2013

Housemateku Master Chef.

Well weelll..Alhamdulillah kenyang aku sepanjang hari ni. Dimurahkan rezeki siapa yang tak suka kan. Serius, bermula lah perjalanan kami hari ni ke Tesco Nilai membeli barang-barang keperluan suami dan anak-anak. Hahaha. Aku dengan dua orang roomateku yang tersayang, dok pi cari bahan masakan. Riuhnya tak terkata. Habis satu Tesco kami pusing. Hmm boleh tahan la barang-barang. Tapi lepas ni aku sarankan, jangan pergi sana lah. Pergi Giant lagi murah. Itu konklusi yang mampu aku buat setelah kajian dilakukan. Hehe.

"Dah cukup beli semua barang ke?",aku tanya. Dengan confident nya dorang cakap dah. Balik je Akasia, tengok tengok, weyyy kunyit tak beli! weyyy lighter takde. weyy gula dah habis. Sabar jelah layan karenah mereka ni. At last, ktorang berjaya gak memasak! Yeayy suatu pencapaian terbaik bagi aku lahh. Aku tak masak pun. Belum turn lagi. Tolong tengok je lebih. Tolong snap gambar je. Yang banyak memasak, mesti lah housemate aku ni. Huhuhu tapi at least, aku ade lah tolong gak kan. Nak jugak tuhhhh.

Apa lauk yang kami masak? Cuba teka. Hahaha biasalah hidup bujang. So kena paham lah. Tengok sendiri lah ye.

Gunalah jenama Pensonic. Hehe
Bahan-bahan yang diperlukan
Ni style gila masak telur dalam pembakar roti. 
Goreng ayam dulu. Yummy
Ayam masak merah express versi ktorang
Minum air Teh Ais. Takley blahh..

Akhirnya....ni jela yang kami mampu



Sebenarnya, apa yang aku nak sampaikan bukan nak riak pasal ktorang berjaya memasak ni pun. Takde niat pun. Jauh dari sudut hati aku, nak bagi tahu. Bagi sesiapa yang pengikut setia belog aku, mesti korang pernah baca entry yang  pasal aku tak berapa rapat lagi housemate aku. Aku sebenarnya nak bagi tau korang, yang aku dah sayang gila kat Housemate aku!!! Serius, Allah Maha Mendengar. Apa yang aku hajatkan dah dimakbulkan. Huhu

" Guys, if both of you read this, just wanna let you know that you guys make my day! Thousand thanks for this. I was very happy at this moment"  - Sincerely, cikmeezo.




Untuk orang perantauan.

Hari ni.
18 Februari 2013.

" I was going to give you a  chocolate cake but I already ate it "

Lol. Happy Birthday. Penat la wish everyear tapi kau tak pernah reply. Tapi dis year, aku buat entry khas untuk kau. Kalau ade rezki, kau baca. Kalau tak, nasib lah...

Hmm nak cakap apa je? Haha takde idea wey. Nak buat video untuk kau, tapi tak sempat la. Nanti ramai pulak peminat aku serbu. Hihihi.

Aku takde hadiah nak bagi pon. Takde Al-Mathurat nak bagi. Takde cokelat nak bagi dah.
Nak wish untuk kau, cepat lah balik Malaysia. Haha. Semoga jadi anak yang bertambah tambah soleh. Kalau dah nak kahwin, pastikan aku dapat kad dulu tau!

Kau jangan salah paham.
Cukup lah kawan kawan aku je salah paham. Haha.

Aku harap kau dapat hadiah special berupa tepung, telur, air milo basi dan sebagainya.
Hopefully macam kau buat dekat membe kau tuh.

Kbai. Assalamualaykum.




Saturday 16 February 2013

Putrajaya Aku Datang

Assalamualaykum guys! 

Nak dijadikan cerita, aku dah lama teringin nak shoot kat Putrajaya. Seriusly, dah banyak kali cakap dengan emak dan abah. "Jom la kite pi Putrajaya......." merengek tak tentu hala macam budak kecik. Tapi asyik tunda je. Hari tu ade plan jugak, tapi last minute cancel sebab dah malam sangat and banyak lagi alasan diberikan so on. Bukan nye apa, dah lama tak pergi sana..

But the things is, akhirnya termakbul jua apa yang aku hajatkan tuh. Emak plan gerak lepas asar tadi and alhamdulillah sampai awal kat sana terus Magrib dekat Masjid Besi. Wonderful. Rasa bahagia sangat sebab dapat spend time dengan my family eventhough kami berlima je. So here are some of gelagat kami kat sana. Snap pic belambak, tapi yang nampak ok sebenarnya fews keping sahaja. Huhu biasa lah tu.

Masjid Besi view dari jauh

Pintu Utama I guess

Just nice tempat istirehat



Tak berapa nak sunset sangat lah kan

Model terbaru hihi


My Superduper Hero ever after



Anak abah kan




They are my Inspiration.


Kesayangan abah.

The one and only my lil brother






"Ya Allah, lindungi lah mereka dan rahmatilah mereka agar sentiasa berada di bawah payung Rahmat-Mu"


Friday 15 February 2013

Rindu Tokwan.

And here it goes.
Meezo's diary.



Yang kecil molek tu adalah my beloved tokwan. She's the one and only left belah abah aku. Arwah atok atau we called as atok abah dah takde around 2years before. Rindu sangat kat atok. Al-fatihah untuk arwah. Same goes to belah emak, tok aji and nenek aji also dah takde. Gonna miss them so much. After all, kalau ktorang balik kampung, first and foremost mesti balik kampung jumpe tokwan dulu kat Segamat, Johor. Tokwan ni dah berusia 80an if im not mistaken la tapi alhamdulillah masih boleh berjalan. Huhu and my abah as anak sulung kene la fullfill responsibility dia kan. Btw, rumah kat Felda pun best sebab luas and time atok abah ade dulu sempat la renovate jugak. And what I like is, ade wifi kat kampung aku. Hehehe tu yang penting untuk anak muda mudi zaman sekarang. Hahaaha

The truth is, I dah jarang gila balik kampung. So, rindu suasana kampung yang nyaman hehe. Ingat nanti nak beli rumah kat kampung jugakla. Dapat jodoh dengan orang felda, banyak la durian runtuh dapat kan. Hihi astagfirullah...mengucap meezo.

The best part here, emak I orang Muar. So, nampak tak?! My parents ni memang asal usul berketurunan johor belaka. Sebab tu everytime balik kampung, must be Johor. Not kelantan or Penang ke kan..hehe..Belah abah ade jawa. Belah emak bugis. Tapi sayang seribu kali sayang, bahasa Jawa atau Bugis ni ktorang langsung tak reti cakap atau paham. Jawa murtad la katekan. Dulu I pernah attend satu gathering family yang besar. Siap ade salah silah sejarah keturunan kot. Ade pameran, siap ade ucapan dari atok-atok yang I tak pernah kenal. Bila part nak snap pic, memang ramai gila tak tahu lah cmne cameraman tu nak tangkap gambar ktorang ni. I doesnt have the pic in my collections. Seems macam abang I siap jumpa junior dia time MRSM. Oh keciknya dunia. Rupanya ada bau-bau bacang.

Bila bercakap tentang family, banyak betul ceritanya. Almost time raya baru sempat kumpul ramai-ramai. Maklom lah anak-anak busy bekerja. And sometimes aku terfikir, macam mana lah nanti waktu aku. Mak dengan abah dah makin berusia, kami ni sebagai anak-anak sempat ke tak balas jasa dorang. Siapa nak jaga mak abah nanti antara kami adik beradik. Supposely dorang dah pencen, tapi demi anak tersayang they couldnt make it. I try to count berapa banyak dorang spend untuk mylife since I lahir, and I still tak boleh nak recover atau balas jasa dorang. Terlalu besar pengorbanan abah and emak to me.So, thats why la I nak perform the best in my studies so that bila I dapat achieve anything, they could smile to me. At least I know they are happy with me. I just really want to make them happy.

People keep telling me,why la u want DL so much, it just "duniawi". Simple like that they said to me, but they never know how much I struggled on. Result my 3rd sem baru je dapat. And I'm nt satisfied. But I can accept it. Redha cause aku tau aku memang banyak leka pun sem ni. Some of my conversation dalam kereta berdua dengan emak.

Meezo : Mak, result dah keluar. Teruk gila.
Mak    : Diam je.
Meezo : Ala, orang memang banyak main pun. Dulu roomate rajin study. Skang ni orang dengan roomate malam nak exam pun tengok movie lagi. Tapi tak leh nak salahkan orang lain. Diri sendiri pun salah jugak.
Mak    : Tuh la, busy dengan Palapes. Tak pandai bahagi masa.
Meezo : Biasa lah ade pangkat. Tu yang asyik stress.
Mak    : Sebenarnye bukan ape, tapi tak pernah baca Quran. Memang la..
Meezo : Hmmm.....

See! Emak I memang osem kan. Oh, insaf gila time tuh. What she said is true. Anything happened in our life, we must review back. And try to improve for the next.

Mom u're my inspiration. Let me be like you. Have you heard Nasyid songs "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa". Yup, it's true. But at least I dreamed to be like them Ensya-allah.

Last but not least, I SAYANG KETAT-KETAT kat my Emak eventhough I hardly express to her directly. Allah knows the best for me and He even take care and love me so much. For my abah too, He's the one and only best dad ever. I want to request la. I want my future hubby macam dia boleh tak? Hensem dan rajin. Hahahaha. So I ended up my entry with

Al Fatihah untuk arwah atok abah,atok aji,nenek aji.
Al Fatihah untuk Junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW
Al Fatihah untuk kedua ibu bapa kita.
Al Fatihah untuk diri sendiri.

# This is what I learned before. Keep on recite Al fatihah everyday. May Allah bless me, my family and people around me.Wallahua'lam.






Thursday 14 February 2013

Berakhir suatu kisah.

Alhamdulillah. Kini berakhir lah saat penat lelah aku bermula dari 21 Januari sehingga lah 9 Februari 2013. Suatu tempoh yang sangat panjang bagi aku. Suatu tempoh yang banyak memberi aku seribu satu memori. Itulah dia Annual Camp bagi batch 33 Terpahat di hati aku buat selamanya. Saat berakhirnya kem ini, aku rasa sebak gila. Sumpah! Siapa yang sertai bersama-sama, mereka sahaja yang dapat mengerti apa yang aku rasakan ini. Aku bangga dengan kalian. Aku bangga dengan diri aku juga. Sujud syukur padaMu setelah aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi UKM pada hari terakhir kem. Perwira negara? Rasa macam poyo sangat ayat tuh...huhu

Kalau nak ceritakan pengalaman, tak tercerita dah ni. Aku rasa mau dua hari dua malam aku type, tak jugak siap. Kami antara lelaki dan perempuan dah macam adik beradik. Tapi still, batasan tuh tetap di jaga. Walau kat ceruk hutan, felda mana sekalipun, aku bangga dengan squad lelaki aku yang mampu volunteer jadi imam untuk kami ladies sewaktu dalam kem. Rase macam, " Ha yang nilah nilai yang kami cari"..hahaha. Aku rasa dah takde mase nak cover2 depan dorang ni, waktu muka kita buruk gelap gumpita, yang paling hodoh tuh dorang dah biase tengok. Waktu tudung tengah bapak selebet (tudung senget), tuh pun dorang dah tengok.Apa yang aku cuba sampaikan adalah, mereka dah kenal kami bukan dari luaran semata, malah dalaman.

Dalam sebuah kumpulan, dari kecik lagi kita dah diajar dengan perkataan KERJASAMA. Bawak lah sampai ke organisasi mana sekalipun, nilai ni still diperketengahkan jugak. Same jugak untuk squad aku. Seribu kemaafan dari kami warga ladies andai banyak sangat yang kami kurang, biasa lah kami sedar lelaki squad kami gagah perkasa semuanye. Hehehe. Waktu aku down gile pegang pangkat, nasib ade orang yang sudi menceriakan aku. Aku rasa bertuah lah dikelilingi orang yang memahami ni. Ehhhh..ni bukan cinta berputik dalam hutan tau!! Ni nama nye psikologi skill. Haahaha.

Aku cakap jujur lah, entah kenapa waktu kem ni, tiga kali berderai air mata aku. Pertama, sebab stress sangat. Kedua, sebab aku stress jugak. Hahaha. Ketiga, Tuan aku ajuk aku suh ceritakan sebab ape aku nangis tadi. Memang bertambah tambah nangis lah aku. So, jatuh dah keserian wajah aku sebab ramai sangat tengok aku menangis tersedu sedan. Ramai orang concern dengan aku. Rase terharu pulak. Hahaha kenangan oh kenangan. Huduh betul muka aku waktu nangis!!!!!!

Aku pun tidak terkecuali, dapat kenal dengan lebih rapat kawan-kawan terutama dari UKM. Sebab kami kurang kenal sangat sebelum ni. Biasa lah tu, Bayangkan 18km kami redah. Banyak lagi dan lagi untuk diceritakan. Tapi aku tak mampu khabarkan. Cukuplah setakat itu. Hari terakhir kami sambut dengan kesedihan. Sebab jurulatih yang kami sayangi, yang menjaga kami dari junior lagi akan berpindah. Terkilan sangat sebab tak dapat nak celebrate dengan staf. Apa pun, Annual Camp tahun ni memang superb, mantap habis. Tu je yang mampu aku luahkan. Batch 33 Tetap di hati gua selamanya. Wallahua'lam.

Aku pegang dengan kata-kata ni,

"Memori itu sangat pahit, tapi manis untuk dikenang"