Sunday 30 December 2012

Entry terakhir sebelum 2013

Assalamualaykum.
Dengan ini hamba mengaku dah berabad tak update belog ni. Rasa macam nak remove je, tapi fikir balik. Mustahil lah. Tengok kawan-kawan semua rajingg menghupdate entry dorang. Kali ni nak sembang pasal ape pun aku tak tau. Biase lah tetibe naik mood nak type entry ni. Kalau tak, bukan main malas lagi nak post.

2012 bakal berlalu begitu sahaja, kalau time zaman sekolah, bukan main beria nak sambut tahun baru siap dengan persiapan semua sekaligus. Beli baju, kasut, alat tulis semua baru!! Best gilos. Tapi bila dah jadi budak universiti ni kurang la. Semangat untuk tahun baru? Hmm biasa sahaja. Semangat nak jawab exam melebihi tahap tuh. Hahaha. Aku still macam tak percaya dah nak habis sem 3. Omaigad!! Betul tak aku cakap, pejam celik sekejap je rase. Huhu

Aku rasa 2012 banyak kenangan duka jer. Hahaha. Hish cikmeezo ni, tak baik lah cakap mcm tu. Pasal azam pulak, puas lah aku tulis entry pasal azam aku. Malas nk tulis dah. Cukup2 lah terpampang besar kat bilik aku. Tahun ni memang sangat Gila sebab aku tak pernah expect assignment lecturer sampai bulan 12 still ade yang tak siap lagi. Teruk sangat tak macam sem sebelum nya.

Kadang aku suka stalk life orang lain yang happy manjang. Rasa daily life mereka sangat osem dan lebih syok banding aku. Walhal aku tau, setiap manusia itu akan diuji dengan cara yang berbeza. Mungkin mereka diuji dengan kekayaan, kecantikan mahupun kepandaian sendiri. Diri sendiri yang dah lupe erti bersyukur. Muhasabah balik,

Aku bukan lah sempurna. Hari tuh chat dengan kawan, banyak perkongsian yang dia bagi. Walaupun kejap, aku rasa kata-kata dia amat bermakna. Boleh buat kita berfikir kembali. Tuh la, iman manusia ni tak selalu constant, ade turun dan naik, maka kita sendri kene cari cara untuk sentiasa naik walaupun ambil masa yg sangat lama.

Aku sendri nampak dengan perubahan-perubahan kawan-kawan aku. Alhamdulillah dorang sangat ohsem dan aku bangga sangat. Especially yang study kat oversea, mcm mane dorang still ade bulatan gembira dan boleh nampak ukhuwwah yang rapat gila between them. Waaaaaaaaaaa, rase nak pergi luar negara je!!!!!! Boleh tak!!

Eh awak nyesal ke sebab tak pergi Mesir dulu cikmeezo? Taklah! Aku tak nyesal pongg. Sebab aku yakin dan pasti, satu hari aku akan sampai kat sane. Jeng jeng jeng..bila? Tunggu jelaaa.Aku pernah cakap kat mak, bosan la belajar kat sni mak. Hahahaha selambe je kan...anak mak memang cenggini. Well, actually banyak entry aku miss, daripada Hawa Convention, Ustaz Don, Cameron Highland...sume nye gara2 aku malas nk update. Aku nak offer la, ade sesape nak jadi assistant aku tak? Hahaha jangan risau, upah kutip kat akhirat yer...


Akhir kalam, semoga semua sahabat2 ku berjayaa dengan mumtaz nya......termasuklah aku..hehe


Sunday 4 November 2012

Aku dah konvo!!!



Percaya tak? Well ni bukan konvo Usim pun...lambat lagi around 2years insyaallah.. Tapi..ni adalah Malam Kebudayaan & Graduasi SK Convent II Klang. Yang peliknya, baju budak sekolah rendah aku pun muat. Hehehe, so kat sini, bila orang dah teruja dengan sesuatu, mula lah nak snap gamba macam2 style..Abaikan gamba yang last sekali tuh ye. Kurang sopan sikit. Hahaha. Well cuti mid term dah habis. Cuti nih aku tak banyak buat aktiviti, bosan dan memang tak best walaupun seminggu lebih. Jadi, aku nak semangat baru.....sila lah datang kat aku yer...akan datang aku dah nak pergi latihan menembak dekat Gurun,Kedah..adess jauh betol..Ingat orang sopan cam aku ni tak reti menembak ke?..Haha..Moga dipermudahkan segala urusan yer...lagi satu, maaflah kalau aku ade membuat salah silap...mohon keampunan..hehehe. Assalamualaikum!

Saturday 6 October 2012

Kami





Bila waktu bosan, apa lagi yang boleh kami buat kan. Dah masing-masing suka bergambar. Hahahaha.
Happy enjoying our assignments guys!!! Aku wish moge sume dapat buat yang terbaik yer......ikhlas dari kami sekeluarga. Huhu

Saturday 15 September 2012

Semester Tiga

Baru seminggu aku bergelar mahasiswi QM semester tiga. Alhamdulillah sebab kelas tutorial mula minggu hadapan hehehe. Ada peluang lah nak merehatkan minda sekejap, setelah penat bertungkus lumus mengusahakan pengambilan kadet yang baru ni. Banyak sangat dan terlalu banyak perkara yang bermain dekat otak aku. Agaknya, boleh pecah kepala kalau tidak diurus dengan baik.

Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dapat tinggal di kediaman Akasia. Ada  kelebihan dan tidak dinafikan, ada juga kekurangannya. Apa lagi yang aku mampu ucapkan selain daripada kalimah syukur. Bertemu dengan rakan-rakan sebilik yang baru, adalah suatu pengalaman yang cukup berharga buat aku. Dahulu nya tidak pernah bertegur sapa, sekarang sudah serumah. Pasti janggal, apatah lagi masing-masing punyai kawan rapat sendiri tatkala menjejakkan kaki ke fakulti. Bagaimana nak mengeratkan lagi hubungan itu? Aku sangat hargai waktu terluang bersama mereka, untuk berbual mengenai hal keluarga, rakan dan sebagainya..tapi masih wujud jarak pemisah itu. Mungkin aku perlu waktu yang lebih lama untuk bermesra dan mengenali mereka sepenuhnya. InsyaAllah.

Semester ini pastinya lebih mencabar buat aku. 20 jam kredit memaksa aku untuk membuat perancangan yang lebih awal dan teliti. Sungguh, setiap kali hari minggu aku akan ada latihan di UKM dan aku yang kena sentiasa mengejar masa.Subjek aku yang kesemuanya diajar dalam bahasa Arab pada semester kali ini, boleh membunuh aku agaknya. Huhuhu. Tak tentu arah jadinya, sebab tahap aku masih di peringkat biasa-biasa sahaja. Al- maklum lah, sudah berapa lama aku tidak praktikkan bahasa Quran itu..yang pasti, aku memang suka dan suka bahasa Arab apatah lagi jikalau mendengar orang yang boleh berkomunikasi dalam arab dengan fasihnya. Rasa jatuh cinta! Rasa nya sebelum ini pun pernah...huhu

Apa pun, semua orang pasti mahukan yang terbaik. Termasuk diri aku juga. Cikmeezo nak pesan, kena seimbangkan duniawi dan ukhrawi. Semoga Allah bukakan pintu hati aku ni. Agar mudah pelajaran nak masuk nanti, semoga Allah redha atas segalanya dan menerima amalan aku. Semoga dipermudahkan segala urusan. Dan moga semester tiga kali ini lebih baik dan lebih bersinar-sinar ditambah Nurrrr cahaya rahmat berbanding yang lepas. Ameen.


Krew video kami tempoh hari ^_^


Salah dan silap harap dimaafi. 
p/s : Eh, perasan tak aku tulis bahasa Melayu baku kat atas tuh? hihihi



Saturday 18 August 2012

Maaf salah silap

Assalamualaikum. Sebelum aku bertolak ke kampung malam ni, aku nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua kenalan. Maaf kalau ade banyak yang kurang, ade tersalah cakap, ade terguris hati mana-mana pihak.Semua itu atas kekhilafan diri aku sendiri. Mintak halal mana yang patut.Semoga kalian bahgia di samping keluarga tersayang insyaAllah. Tulus ikhlas, cikmeezo & suami sekeluarga.


Friday 10 August 2012

kesian belog ni

Assalamualaikum. Salam ramadhan kareem. Selamat berlumba-lumba dalam bulan ni.
Kesian tengok belog ni. Rase sayu, sepi dan tak bersemangat macam dulu. Dah takde siapa nak bace, tuan punye belog pun malas nak update. Tapi sekarang ni, tetibe rajen nak menaip.

Nak share la sikit. Aku habis exam 27 Jun 2012 hari tuh. Aku ingat lagi. Last paper database yg membuatkan aku senyum je waktu keluar. Berbunga-bunga hati. Dah jarak aku untuk paper ni seminggu pulak tuh! Mane tak sakit hati. Tapi dek kehendak universiti tercinta, aku turuti  jua.

Habis je paper aku, sume orang dok busy kemas barang nak balik kampung. Depa siap dok pergi jalan-jalan makan angin lagi. Hadoi, jelez nye aku. Aku pulak, malam 27hb tuh jugak aku kene pergi mengerah tenaga kat negeri utara iaitu Kedah. Panjang nak cerita pengalaman aku kat sane. Yang pasti, aku rase puas sangat dan takkan aku lupe segala kejadian sepanjang keberadaan aku kat sane. Aku rase kene buat entry lain kot. Tengoklah kalau aku rajin. Hehehe. 

Sehinggalah 2 hari sebelum ramadhan. Barulah aku pulang ke Selangor. Boleh korang bayangkan? Lame tak lame jugaklah aku pergi. Yang peliknye, aku rase sedih nak tinggalkan orang Kedah. Hahaha ni dah terbalik pulak kan. Kejap rase seronok, kejap sedih. Ape la cikmeezo ni.

Sabtu lepas, aku pergi amik tempahan banner dengan abah. Lepas tuh, abah ajak pergi Shah Alam. Ingatkan nak pergi mane, ghupenye pergi survey dslr.Hehehe Alhamdulillah my dream come true.Rase puas dengan syok la. Lagi-lagi bila beli gune duit kita sendiri. Rase macam fuhhhh.Sayang betol aku kat dslr ni. Macam suami aku la.Mak siap pesan, beli dslr nih, dah niat belum? Beli sebab ape? Huhuhu.

Then, before tuh, riuh rendah dengan result exam nak keluar.Malam 2 ogos tuh, aku punye la try banyak kali kat e-wadi. Asyik ralat manjang. Time sahur pun aku try banyak kali tak dapat. Bile dah petang baru boleh. Menguji iman betol lah. Akhirnye, alhamdulillah. Puji dan syukur pada Allah. Tak lupe kawan-kawan, dorang yang banyak support aku giler sepanjang aku kat universiti. Jatuh, bangun aku sume dorang tau. Thanx lot Dayang & Fatimah. Sayang gile aku kat kakak-kakak aku ni.Serius. huhuhu.Aku rase dslr ni aku hadiahkan untuk diri sendiri sempena result kali ni. Kadang-kadang kita perlu reward diri kita with something right?

Sekarang masuk akhir ramadhan. Entah sempat ke tak tahun depan. Yang pasti, aku tak sabar nak masuk sem 3. Nak bukak buku baru, nak jumpe kawan baru, junior baru, nak semangat baru, nak cikmeezo yang baru, nak pengalaman baru, nak ilmu baru, nak kereta baru. Ehhhh?????

Dah dah la tu. Sume duniawi. Ape semangat baru & azam baru aku yg sebenarnye ye?
#Nak tajdid niat belajar, ikhlas kan hati
#Nak keep on sambung bace Quran setiap hari (hadiahkan aku Quran pink yg comel kat aku tau)
#Al-Mulk pun same
#Moge aku rajin bersedekah kat orang. (sedekah okay, bukan belanje)
#Nak pandai masak ( hahhaaha yg ni aku tak tahu la, tunggu lagi 10 tahun akan datang kot)
#Nak bahagiakan mak & abah
#Tidak lokek untuk ilmu 

Sekian terima kasih. Yang benar.Cikmeezo.Moge ape yang aku list ni akan jadi kenyataan juge!! Insyaallah. When u believe, u keep on believe, at last people will believe it.Aku macam tak caye je, entry kali ni takde gambo pun. Hehe peace!

Friday 22 June 2012

Money

Money is not everything, But everything is need money! Osem bebeh.




Tuesday 12 June 2012

penghujung sem 2

Untuk mase yang sangat singkat ni, aku nak ucapkan kepada semua pelajar di dunia nih yang sedang atau bakal berjuang same ade seuniversiti dengan aku atau pun tak, mahupun kalian  yang berada di timur tengah tuh especially untuk buddy aku iaitu, jiran setaman aku dulu yakni classmate setinggi aku namenye Dyana. Selamat mengkaji mayat-mayat anda ye. Hahaha Tak lupe untuk kawan-kawan Azharian tuh, bittaufeeq wannajah untuk korang. Sume dah teror speaking arab aku tengok siap dengan lahjah lagi. Hehehe, doakan aku jugak yang duduk tersorok kat bumi Nilai nih moga jadi macam korang jugak.  Semoga kalian dirahmati Allah dengan segala ilmu yang dipelajari agar dapat dipraktikkan nanti. Bukan semata untuk exam, huihh banyak kali isu ini diperdebatkan. Maka, tajdid niat antum semua termasuklah den nih. Peringatan demi peringatan agar tak terbabas dari landasan. Untuk classmate aku sekarang ni BQB2, moga kita same-same berjaya. Dean list insyaallah heheehe. Misi memburu dekan telah dimulakan. Dipendekkan cerite, aku dapat kad wish yang sumpah osem dari kawan aku, thanx.Tapi, aku tak sempat la nak buat untuk hang punye. So entry ni special lah untuk saudari kat bawah ni yer. Name beliau...dirahsiakan. Hahaha, cikmeezo nak ucap " Thanx for being my friends!" All the best untuk exam kali ni. Walaupun nisbah tido aku dengan beliau sangat berbeza, itu tak menjadi halangan untuk kite berdua berjaya. Hihihi..Aku tau, ni lah "kakak" aku yang paling genius, relax and cool orangnye..tapi keluar result POM POM POM...gempak giler! Tengok lah dye study camne kan :D










Thursday 7 June 2012

Cube teka


What's the difference between this three picture? Tell me, tell me, ahax ahax =)


Ni la mood time pergi suatu majlis grand di Nilai. Mula happy sangat kot, After 1 hour, then dua jam seterusnye...dan seterusnya.....balik jom! Hihihi

p/s : ini entry tengah bosan study kat dalam bilik, berdua je dengan roomate. Tapi skang roomate tengah tido  lagi, so ibarat aku sorang je la. Bajet kan? Hahaha btw aku dah bace puisi budak tuh. Wah, lu sikalang sudah manyak improve meh? Untung la..sentap XD!

Saturday 26 May 2012

Forum Muzikal Cinta

Assalamualaykum rakyat sekalian.

Apa kabar iman? Apa kabar hati? Apa kabar jiwa?
Baiklah pertama sekali, untuk entry kali ni maybe aku akan berbicara panjang lebar. Bukan ape, untuk berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang aku dapat semalam. Aku bukan bagus sangat pun, cume aku nak sharing kat korang. Serius aku dapat banyak gila info dan kalau kene bayar lebih pun, aku sanggup pergi. Kenapa? Meh aku citer al-kisah nye, aku pergi ke Forum muzikal cinta yang turut disertai panel jemputan yang sangat best. Siapa mereka? Ha ni lah dorang..


Topik "cinta" ni memang dapat sambutan hangat gile terutama golongan hawa. Nisbah adam yang hadir dengan hawa sangat lah jauh beza. Mungkin ramai orang boleh cakap, "takyah lah citer bab cintan ni. Aku geli la. Toksah la nak berangan cinta bagai, study pun tak habis, duit pun takde.." Membe aku siap cakap lagi, " aik, askar pun pergi forum cinta?" Fuhhh dalam siot. Tapi tak mengapa, yang penting aku dapat ape yang aku nak.

Nak dikatakan, imam muda ni pun aku tak kenal. Al maklom lah, semenjak masuk universiti kurang dedahan televisyen. Hahaha, ustazah ni tersangat lah sejuk mata memandang, tapi rupenye sempoi habis dalam berbicara. Dan semestinye, moderator nye orang kuat JPPP lah katekan. Pasti dapat menarik para hadirin yang pergi malam tuh siap diiringi muzik lagi. Memang terbaik.
 
First sekali, ape maksud cinta?

Cinta tuh sesuatu yang tak mampu digambarkan. Hanya orang yang pernah jatuh cinta sahaja yang tau. Ibarat nye, kalau kita bagi definisi panjang lebar pun tak gune, sebab tak same dengan ape yang dirasa oleh hati. Akan tetapi tahukah anda cinta yang paling agung di dunia? Pasti nya cinta kepada Al-Khaliq yakni cinta kepada Allah. Makanya, turut disebut malam tuh,  bagaimana cara untuk kita bisa mendapatkan kemanisan iman? Halawatul iman?

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Korang pernah dengar tak lagu  ni :



Akan tetapi, cinta utama kepada Allah. Kemudian kepada rasulullah s.a.w. Then, berjihad dan seterusnye barulah ibu bapa.


Soalan lain, mcm mane kita nak cinta kat Rasul?

Pertama, tanye diri kite, ade tak bergetar jiwa kita bile disebut name rasulullah,??

Korang tau tak, cinta tuh paling mudah maksudnye adalah kecenderungan terhadap sesuatu. Kenape aku cakap cmtuh.Sebab ade 4 tanda kita sudah jatuh cinta. Korang check la, pernah tak korang rase camni ye :

1) kite akan slalu sebut nama orang tuh, pastuh hati mule lah rase suke, bahgiaa jer. kalau boleh nak jumpe slalu je. betol tak?

2) kita akan slalu rindu giler. asyik dok teringat-ingat, dok sebut sampai tersasul-sasul pun ade

3) kita akan lahir suatu penyakit name nye "ketaatan". Ape maksud nye kat sni? Contoh plg mudah, "awak kite jumpe pukul 2 yer". pukul 8 pagi dah terpacak dan sanggup tunggu pulak tuh. Ape je pasangan suruh buat, kita mesti buat punye lah. Jangan lupe makan ubat ye..baik..

4) kita akan sanggup berkorban apa sahaja untuk si dia. Sanggup cari apa yang dia minat, kita pun minat. Padahal, kita langsung tak suka ape yang dia minat. Tapi demi dia, sanggkup ku redah lautan api la kononnye..



Jadi korang pernah tak rase 4 tande kat atas tuh? Kalau ye, mesti korang tengah senyum-senyum bace sekarang. Paling kurang takde 4 tande, minimum satu tande pun dah cukup. Maka soalan seterusnya, wujud tak kisah cinta ini dalam cinta kita kepada rasulullah?
Bila disebut name rasul, hati rase bahgia, hati rase rindu, taat ape yang rasul minta, dan sanggup berkorban apa sahaja untuk baginda..

Kadang-kadang satu hari berlalu, tanpa pernah kita ingat kat rasul..tak berselawat kepada baginda pun. Especially ladies yang mane tak boleh solat tuh, memang terkadang waktu-waktu cuti berlalu cmtuh je. Ibarat satu waktu yang mane kite bebas ibadah walhal banyak care kite boleh lakukan untuk dapat pahala..

Nak katenye, rasul ni selalu ingat ummat baginda iaitu kita lah. Tapi pernah tak kite ni ingat kat rasul? Nabi  ni sangat lah rindu kepada ummat, sehinggakan saat baginda nazak ape yang disebutnye? Ummati..ummati..ummati..
Barang siapa yang berselawat ke atas baginda, nescaya kita akan dapat berkali ganda selawat dari Allah yakni Allah akan rahmati kita slalu dan beri pertolongan kat kita.

Manusia ni, asyik rase susah je bila buat suruhan Allah. Itu makne nye ape? Kita tak rase cinta kepada Allah yang sebenar-benarnye lagi..

Soalan lain, ape pandangan tentang "cinta monyet"?

Pertama sekali nak ucapkan tahniah untuk siapa yang pernah jatuh cinta terhadap orang yang berlainan jantina dari mereka. Sebab ape ek? sebab korang adalah normal macam aku. ahhaaha cinta tuh kan fitrah. Akan tetapi, jangan sesekali fitrah itu bertukar menjadi fitnah!

Soalan wajib exam, wujud tak cinta dalam Islam? Wujud tak cinta kerana Allah sebelum berkahwin? Kalau betul-betula lah korang serius...meh bace ni

1) La budda alaikum (tidak boleh tidak, korang wajib) check ape matlamat cinta sebenarnye? Pastinye Nikah..hanye itu sahaja jawapan yang boleh diterima..untuk ladies, ce tanye pasangan tuh, ape tujuan saya dingorati oleh awak? haha..ni ustazah tuh yang cakap, serius doh lawak. ape makne pengoratan sume ni? Kalau dye jwp, ala nak couple la..jom la kite try dulu, kalau serasi kite move foward. Sedarlah wahai wanita sekalian huiiii,, kite ni bukan barang untuk di test. Bukan barang uji kaji kat makmal tuh..harga & maruah lebih bernilai..

2) Adakah ape yang kite buat ni atas dasar maksiat atau ibadah? Camne nak check? Kalau lah kite couple ( dalam waktu bertunang tuh) ibadah kita semakin bertambah..baguslah..tapi kalau makin teruk, toksah mimpilah..dok sms,chat dengan pasangan smpai solat isya' pun belum..takyah la..

Jadilah seorang yang MATANG DALAM CINTA..bagaimana?
Maksudnye, bila kite rindu si dia, tapi dalam waktu yang same, rindu kita kat ibu bapa masih ade lagi..bile kita ade dia, solat masih kite jage,,mak abah kite masih ingat, program ilmu sume kita masih pergi, lelaki pulak masih g masjid skali sekala walaupun ade si dia....ini menunjukkan anda telah LAYAK...tak perlu lah nak poyo sangat atau memilih nak hok yang wajib solat lima waktu kat masjid je...sedang diri kite sendiri belum tentu setaraf dengannye..



Ape yang penting kat sni,,ustazah tuh cakap. Korang da start tak doa? Mintak Ya Allah..pertemukanlah aku dengan orang yang soleh/solehah sebagai pasanganku kelak. Walaupun, kita rase kite belum bersedia, tapi ini menunjukkan kite ade usaha untuk dapat sebab tersangat lah payah untuk dapat yang soleh/solehan zaman ini..sedangkan ustazah sendri admit beliau mule start doa sejak form 3 lagi..kerana ade seorang guru yg pernah berpesan kpd beliau..kerana guru tersebut diuji mendapat lelaki yang tidak soleh, Oleh itu, berdoalah..walaupun kita malu nak mintak sebenarnye..Antara kite dengan tuhan..

Itu sahaja sharing dari aku. Terima kasih sudi bace. Wassalam ^_^

Friday 25 May 2012

Sahabat

Kadang-kadang kita tak perasan, dalam setiap tindakan kita, mungkin akan terguris hati orang lain.
Bila kita sedang tension, emosi tak dapat nak dikawal.
Sume benda jadi tak kena, dan perasaan marah mula lah start.
Rasa asyik nak marah orang je, nak suruh buat ni, buat tuh.

Kita tak sedar langsung,
Tak ambik berat perasaan orang keliling.
Terutama yang selalu berjuang dengan kita tuh.

Kita asyik fikir masalah sendiri je,
Sedangkan "sahabat" kita tuh punya masalah lebih besar banding kita.
Tapi, kesabaran dia tinggi gila.
Kita kagum dengan dia.

Setiap kali ombak datang,
Dia yang tepiskan untuk kita.
Tukang backup, tukang beli makanan, tukang nasihat, tukang buat ni, tukang buat tu.
Dialah "Ratu Tukang" hehehee



Kita bersyukur sebab dipertemukan dengan dia.
Walaupun kita kaki buli dia, tapi kita sayang kat dia.
Hahahaha sweet tak wey?

Pelik jugak, macam mane dia boleh tahan kawan dengan kita.
Tapi takpe, sebab setiap kali kita ngantuk,
Ade tukang urut free untuk kita setiap mase.

Kita suka kawan dengan dia.
Sebab loghat dia lain dari kita.
Dia suka marah macam kakak, ketawa macam orang gila, nangis macam budak, nasihat macam orang tua.
Sape makan kuih telinga keling, dia akan terase la kenikmatan nye. Haha


Harap nye dia sudi la kawan dengan kita sampai bila-bila.
Harap maafkan segala salah silap yang mane tak perasan.
Harap segale hutang dikira halal. Hak3
Harap dapat tegur kita yang lemah ni.
Harap dapat temu jodoh awal gak =P

Sekian. Tak tau lah dia bace ke tak. Pandai-pandai terasa la siape "kita" & "dia" kat atas tuh ye!

Wednesday 23 May 2012

Mak dan Abah

Bismillah.


Hmm nampaknye dah masuk minggu kedua terakhir untuk aku. Next, dah nak masuk study week dan habiskan segala exam yang ade untuk aku survive bagi sem dua ni. Jadi, mungkinkah aku akan maintain my result seperti sem lepas?  atau dapat dekan terus ke. Hehehe mane la tahu doa orang tuh makbul kan?


Semalam aku tidur lewat. Sekali lagi dan entah yang ke berapa kali, tak terkira. Walaupun pada waktu siang nye, aku dok present mini-survey aku pasal "students' perception about healthy lifestyle". Aku sendiri jarang mengamalkan  salah satu cara yang aku suggest kan iaitu sleep early. Tapi tak mengapa, itu nama nye pengorbanan. Hahaha tapi kalau dah borak panjang dengan roomate, memang tak study la jawapnye.


Ok, ape kaitan dengan tajuk aku kat atas tuh? Heee, panjang gile muqaddimah aku. Sebenarnye, semalam sebelum tidur, aku teringat kat mak dengan abah. Rindu la, padahal 2 minggu je pon tak balik. Pas tuh, aku tak tau la kenape aku tibe-tibe teringat kat segala jasa yang dorang bagi kat aku. Pastu, aku tanye balik diri aku, jadi sepanjang time umur aku lepas hingga kini tepat 20, ape lah pulak yang pernah aku bagi kat dorang?


Huaaaa, sedih pulak. Entah sempat ke tak aku balas jasa dorang ni. Nak balas dengan duit? Duit pun, dorang yang selalu bagi. Nak bagi result cemerlang? Akhir-akhir ni asyik dapat result biase je, nak banggakan ape nye. Nak balas dengan ape ek? Ape je yang aku mampu ni...kalau doakan dorang insyaallah setiap waktu aku doakan yang terbaik..


Bila dikenang balik, mak sangat tegas orang nye. Tapi sebenarnye, jauh kat dalam sudut hati, sangat penyayang. Bile mak dapat je seorang cucu, nampak sangat lah caring giler kat cucu dye termasuk makcik ni iaitu aku. Hahah. Mak ni, kalau anak-anak dye solat lambat ke, tak bace quran ke, mesti dye bising. Heheh, pastu ktorang pun bile diketuk, barulah buat. Zaman kecik-kecik dulu memang best la. Macam-macam kalau boleh nak dikenang. Mak kite ni,sangat lah berlatar belakang kan cemerlang. Sume bende cemerlang especially education nye. Aku pun tak tahu mcm mane mak boleh cemerlang sangat. Tapi, mak selalu cakap walaupun dulu hidup susah, akhirnye mak dapat buktikan kat orang lain yang mak boleh berjaya. Huii, inspirasi aku tuh! Aku pun nak jadi macam mak. Cemerlang ilmu dunia, agama, boleh bercakap kat depan orang ramai, pandai masak, macam-macam lah!


Abah. Abah pulak seorang yg sangat rajin. Atau boleh dikatakan anak-anak dye ni pemalas lah sangat. Hahaha, abah suke buat kerja-kerja rumah la. Tapi yg taiko punye la. Nak angkat barang ke, nak betulkan tv ke, betulkan bilik air, yang p bayar bil-bil rumah. Bila aku fikir balik, hishh kalau dah takde nanti, pasti kami semua akan tonggang terbalik. Sebab selalu nye sume bende abah yang buat. Hehehe. Abah seorang yg sangat cool. Suke belikan makanan ringan untuk kitorang kat umah. Hahah sebab tuh kalau abah balik je, peti ais ktorang full dengan aiskim, coklat, fresh orange, yakult, susu dan seterusnye. 


Kalau nak ikotkan, ape yang aku nak, sume mak dengan abah bagi. Haish, anak dye ni sorang je tak reti nak balas balik. Hari tu, hari guru msg kat mak. Panjang gak msg nye, pastu mak reply


"Terima kasih atas doa tu. Semoga jadi anak dan pelajar yg patuh pd Allah"


Jadi anak yang patuh ye cikmeezo! 




Insyaallah, ameen!!!!Aku tak tau la awat aku emo sangat time tuh. Hahaha time tuh aku dok dgr ceramah ustaz ape ek kat depan tuh, time tuh jugak aku dok msg mak aku. Aku ape lagi, bace je msg tuh, aku terus nangis. Hahah cover muke, terus tunduk muke. Pape pun, aku tak tau la, lately ni asyik dok teringat kat depa. Even, abah asyik datang je, tapi still rindu gak. Heheheh. Bukan anak manje ok! K la, tuh je nak cakap. Kalau mak dengan abah bace pun ok gak. Itu je untuk entry kali. Assalamualaykum!





Monday 21 May 2012

Bulan Rejab!!


Assalamualaykum!
Heee, it's coming! Ayuk la teman-teman :)
Fadhilat bulan Rejab memang the best! Paling cikai pun, puase sehari dah dpt berganda pahala.


p/s : Kepada Dang & Fatim, meh la pose same2 nanti ek. Hihihi

Sunday 29 April 2012

Bertunang.

Bismillah.

Baiklah, sekarang ni aku tengok memang musim kahwin je.
Barakallah aku ucapkan untuk mereka yang sudah mendirikan masjid.
Tengok dorang nikah pada umur yang sangat awal..aku rasa so sweet. Hehehehe

Aku dengan roomate aku, asyik lah bercerita panjang pasal topik ni.
Tetap tak jumpe pengakhiran cerita ini.
Biasa lah baitul muslim ni, memang dah lali dengan mahasiswa/siswi sekarang ni.
Tak salah pun bercerita pasal ni, sebab realiti nya kita akan lalui jugak nanti. Insyaallah hahaha.
Aku bukan nak bercerita panjang pasal bab kahwin,
Korang kene la p kursus kahwin, baru lah tau.

Sebenarnye, aku baru dapat khabar dari kenalan aku dalam bulan ni, bahawa beliau telah putus tunang.
Jadi, perkara ini yang membuatkan aku terfikir dua tiga kali.
Adakah ini menjadi salah satu faktor wanita/lelaki berkahwin pada usia yang lewat?
Atau yang menjadikan mereka takut untuk berkahwin.

Aku ingatkan, orang yang sudah bertunang ni,
Bahagia je hidupnye.
Kita tak pernah sangka dalam waktu tunang ni pun, boleh dilanda badai.

Mungkin, senang lah bagi aku untuk nasihatkan kenalan aku itu, agar jangan terlalu bersedih.
Tapi manusia kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tuh.
Aku tak rasa, apa yang beliau rasa.
Kalau lah aku letakkan diri aku di tempat beliau, mungkin aku pun tak sekuat beliau.

Aku tak tahu apa punca beliau putus.
Baik atas kemahuan pada pihak lelaki atau perempuan.
Bukan lah tugas aku untuk memihak pada siapa-siapa.
Namun, ini sebagai pengajaran kepada rakan-rakan yang lain.
Bertunang mahupun nikah bukanlah perkara main-main, bukan hanya sekadar aku suka kau. Kau suka aku.
Bahkan lebih dari itu.

Sedangkan yang sudah bertunang boleh putus, apatah lagi kalau dah kahwin. Nauzubillah.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.
Niat aku tulis ni, bukan untuk membuka pekung siapa-siapa, tetapi dijadikan teladan.
Wallahua'lam.



Thursday 26 April 2012

Cameron Highlands.

Selamat Siang.
Gara-gara aku ditenggelami dengan timbunan assignment oleh lecturer. Maka, aku tidak berkesempatan untuk terus konsisten dalam mengupdate belog. Tapi, setelah lecturer grafik aku mewajibkan semua pelajar update belog, inilah waktu yang paling sesuai sekali rasanya.

Baiklah, nak dijadikan cerita. Minggu lalu, aku telah pergi melawat Cameron Highlands untuk kali ketiga dalam tahun ini. Best bukan? Bosan gilaaa.

Kali ni krew produksi kami beraksi di Cameron Highland. Bosan lah asyik shoot kat Singapore dengan Bandung jer kan. Percaya tak? Serious, aku tak tipu. Aku dah lame terlibat dalam bidang ni, cuma ramai kawan-kawan tak tahu. Hahahaha jadi, bertolak lah kami. Ape yang pasti, kami menggunakan laluan yang membuatkan otak aku migrain, kepala bergegar. Bahaya jugak lah sebab laluan sempit, kalau korang tembung pulak dengan belakang lori lagilah lambat. Nak potong? Ha, ni lah jwabnye.


Menjadi perkara biasa, untuk orang yang mabuk kereta sehingga muntah. Kami mengambil inisiatif, berhenti lah kami seketika di tempat orang asli kot. Kami singgah jap kat tepi jalan. Amik udara, sambil-sambil tuh snap satu gambar.



Lepas tuh, the best part is kami tido dekat Equatorial Hotel! Ewwwww sila lah jeles dengan kami! Ok, serious hotel ni boleh tahan. View pun indah belaka. Jadi, aku suggestkan hotel ni untuk sesiapa yang nak datang Cameron. Huhu, padahal banyak je, homestay murah kat sini. Google pun dah boleh dapat.


Dengan muka teruja nye kami sampai kat sini. Well, bukan tak biasa dengan hotel besar camnih. Tapi sebab sifat kami yang childish ni kot. Hahaha meriah rasenye hotel ni dengan kehadiran kami sahaja :P


Jadi, datang bukan untuk bersuka-ria sahaja. Tapi ade Big project kali ni kenelah kerja lebih sikit. Nak hasil yang luar biasa, usaha pun luar biasa la jugak. Naaaaa, yakan? Hahaha. Ni antara serba sedikit kerja kami kat sane.Credit sejuta untuk tiga orang kuat iaitu kak jaja, kak tira, kak aisyah. Korang awesome la.




Antara orang kuat projek.

Dah alang-alang sampai sini, maka menjadi perkara Wajib untuk sesiapa yang singgah di Cameron untuk pergi ke Pasar Brinchang. Barang-barang biasa yang dijual macam-macam contoh key-chain lah. Sebab korang mesti nak bawak untuk jeleskan kawan-kawan yang tak ikot korang tuhh. Hahaha, makanan kat sini kene pandai carilah. Kebanyakan penjual terdiri daripada orang Cina kat sane. Semua sedia maklum lah kan.


Untung la beli dekat amoy. Hehehe

Kalau dah name pun Cameron Highlands, mesti lah ade strawberry kan. Apatah lagi strawberry chocolate. Pehhh memang lah berebut sume orang. Plus, ladang teh tak ketinggalan jugak yer. Scene wajib aidhon.






Sebelum pulang, sempat lah jugak kami singgah di lata iskandar. Sebab on the way nak balik kl, lalu jugak kat sni.




Aku akhiri entry produksi kami kali ni dengan satu gambar. Biarlah pahit permulaannya, tetapi diakhiri dengan kemanisan di penghujungnya. Peace from me. Lots of love, Cikmeezo :)


Monday 16 April 2012

So sweet


Wahai orang kampung,
Kalian dengarlah ada orang mahu bicara.

Sang puteri lahir ke dunia,
Cukup sifat, sempurna segalanya.

Kini tiba saat dan ketika,
Dirisik kalian rakyat jelata.

Namun sayang, hentikan sahaja.
Hati puteri terpaut sudah.

Siapa lagi kalau bukan si Putera,
Yang penuh ilmu di dada.

Mereka tahu sabar itu kuncinya,
Puteri percaya waktunya akan tiba.....


p/s : Entry khas untuk saudari seangkatan aku. Hahahahahahaha. Habis la aku lepas ni, ade orang mengamuk! or maybe not :D

Sunday 15 April 2012

Entry pendek.

Salam.

Aku tadi baru habis menjahit, sehelai tudung je pon.
So, aku sangat kagum la kat diri aku ni kan.
Sape lagi nak kagum, kalau bukan diri sendiri. ^_____________^
Sebab nye, tadi baru belajar jahit dengan akak aku.
Kalau tak caye, mesti kakak aku akan bace entry ni nanti.
So, dila, please comment untuk backup aku ye. Hahaha sebagai bukti.

Tuh la, kali terakhir kau pegang jarum zaman bila lahai cikmeezo.
Eh jap, oh aku baru teringat.
Last aku pegang jarum, aku jahit nametag untuk loreng palapes. Hehe.
Memang terkedek-kedek la aku nak jahit tuh.
Lagi pun, aku ni tersangat la bijak. Hari terakhir sepanjang cuti, malam ni la baru nak jahit.
Malam pulak tuh. Mate nampak ape je la kan.

Jadi siaplah tudung express cikmeezo. Sekian.

Warning : Entry ini tiada gambar. HAHA sebab jahitan yg sangat buruk.


Friday 13 April 2012

Kawan sekolah.

Assalamualaikum.

Nak dipendekkan cerita, aku rindu gila kat kawan-kawan sekolah aku!
Nak masuk zaman sekolah balik. Please!!!

Tadi pergi ziarah ustazah dekat sekolah kejap. Jumpe la adik-adik ni.
Best nye dapat masuk sekolah.
Padahal dulu, beria nak tamatkan zaman persekolahan. Ceh! La ni, baru hang tauu na..

Sekali imbas zaman sekolah aku. Heee.


SRIK -Darjah dua kot. Seingat aku, time ambil gambar ni, aku tengah tengok abang angkat kawan aku. Hahahaha. Long story. Tak bley belah kan?

SKTSA- Aku pindah sekolah ni time darjah empat je, terus dapat kelas depan. So, agak cool di situh. Hahaha. Before this, tak pernah merasa kawan dengan chinese and indians. So, time nih baru lah kenal. Cute nye sume.


SRA TKJ- Okay, ni bukan gambar formal. Tapi believe me, waktu ni zaman kanak-kanak. Tiada perasaan antara lelaki dan perempuan. Asyik gadoh je memanjang. Hahaha. Rindu korang!

Inilah kelas 6 Sri. Budak-budak ini kelas sangat lah pandai except aku lah. Setahu aku, sekarang dorang dah berjaya. Sambung study sana-sini. Kagum sangat dengan korang tau.


SAMTSH - Huaaaaaaaaaaaaaaaa. Ini sumpah rindu giler-giler. Sampai tak tahu nak cakap macam mane. Korang sume dah fly egypt tinggalkan aku kat Malaysia! Hez pulak sesat kat Rusia. Huhu. Kelas yang sangat kecoh, kelakar dan entahlah. Aku appreciate sangat korang tau tak! Rindu dekat mar, didi, maya-chan, hez,syud, mira, aimi, zida, intan, zaf, raja, jijot, nawer, hairil, azrul, arif! Baik tak aku tulis name korang? :D


Zaman STAM, gambar ni seribu kenangan untuk aku. Siapa yang berada dalam dewan ni je, yang ingat, ape yang berlaku time tuh. Abang, adik aku pun ade dalam dewan ni. Hadoyyy, sabar jelaa. Apa pun, soalan yang ditanya oleh akak tuh " Adakah anda akan sambung Mesir?".  Sampai sekarang, orang pelik dengan aku, kenapa aku tak pergi. Boleh dikatakan almost 60% kawan-kawan aku dalam pic ni, alhamdulillah dah sampai sane. Aku doakan korang berjaya ye! =)

Tuesday 10 April 2012

Cuti.

Teman aku ngeluh, katanya "penatnya jadi yang terbaik"
Aku ngerti.
Aku juga pernah sebegitu.
Haruslah penat! Kalau mudah, semua orang bisa jadi terbaik.
Untuk jadi yang terbaik, butuh usaha yang luar biasa baik.
Setuju?



Sekadar peringatan khusus buat empunya belog. Juga teman seperjuangan.


Saturday 7 April 2012

Terimas.

Bismillahirrahmanirrahim.


Semalam aku baru selamat sampai di rumah. So, aku baru lah bukak bungkusan khas tuh yang datang jauh dari negeri Perlis. Kesian kat orang tuh, dah send box tuh lame, tapi disebabkan aku baru balik. So, mesti dia ternanti-nanti respond aku. Perasan lebih tak? Hahaha. Annoying betul lah cikmeezo ni.
Maka aku bacalah kad yang membuatkan aku terharu tuh. Sengih panjang aku.

Aku bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi just nak tunjuk je. Aku dapat nih wey! Tak pernah-pernah orang bagi. So, aku punye tahap excited tuh lebih sikit. Tak sabar nak gune. Korang tau tak mende ni?


Ok, sumpah baju kurung ni sangat lawa hokay! Tak sabar nak pakai. Jelez lewwtueeeeeee

p/s : Terimas kak dee!! You always remembered me, but I'm not. I harap jodoh kite panjang. Kalau u jadi kakak ipar I yang real, memang bertambah panjang la jodoh kita. Sekian. HAHA

Tuesday 3 April 2012

My happy day

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, tadi baru balik dinner dengan abah. Dinner la sangat, ayat nak gempak jer. At least, aku dapat menggembirakan hati aku ni even sekejap sahaja. Al maklum lah siapa lagi nak hiburkan hati kalau bukan diri sendiri. Hari ni sume bende jadi tak betul. Asal tak betul je, mesti hari ni. Sadis kan kawan-kawan?


Tapi tak mengapa, aku redha. Eh, itu pasrah nama nya. Jadi, oleh itu pada hari yang berbahagia ini, aku nak buat ucapan lah untuk seseorang. Memang khas aku nak buat untuk dia.


Kepada awak,
Saya berharap awak dapat beristiqamah dalam segala perkara kebaikan yang awak lakukan.
Saya nak awak bertahan dalam setiap ujian yang Allah bagi, saya tak nak awak sedih lagi.
Saya harap awak dipermudahkan dalam segala urusan.
Saya harap awak akan jadi insan yang mampu memberikan manfaat kepada orang lain kelak.
Saya nak awak dapat jaga diri awak tuh elok-elok.
Saya nak awak belajar betul-betul.
Saya nak awak berjaya grab what you want.
Saya nak tengok awak graduate nanti.
Saya nak tengok awak bahgia bersama orang tersayang.
Saya nak awak jadi kuat.
Saya nak awak jaga hubungan dengan orang lain yer.


Insyaallah moga Allah kabulkan. Ameen.






Orang yang aku maksudkan kat atas tuh, mestilah untuk diri aku sendiri. Happy besday awak, sweet 20. Kbai peace!

Sunday 1 April 2012

Part-time photographer

Assalamualaikum. Salam kerinduan.


Gempak tak tajuk aku? Bermula lah kisah, pabila aku jadi photographer bidan terjun tadi untuk Program Sukaneka Ukhuwwah Blok C. Maka dengan ini aku isyiharkan kepada seluruh alam bahawa aku tidak punya skill "menembak" lagi. Sesungguh nya menjadi suatu impian besar untuk aku menjadi seperti sahabat-sahabat aku yang lain. Mereka sudah taiko dalam bidang ini berbanding aku yang hanya sekadar mampu meminjam camera budak lain dan berlagak sombong guna tak hengat dunia, ibarat camera sendiri. Jujur tak?


p/s : Ikuti post aku akan datang pasal Sukaneka ye. Aku butuh waktu karena assignment melambung tinggi.

Saturday 31 March 2012

My Liqa'

Bismillahirrahmanirrahim.


# Post guna bahasa ibunda lah pulak  ^_^


Sebenarnya nak share la sesuatu yang aku dapat hari ni. Sehingga membuatkan aku berfikir banyak kali. Berfikir dan terus berfikir. Nak dijadikan cerita, tengahari tadi aku pergi Liqa' aku dekat cafe. So, korang tau tak ape tuh liqa'? Liqa' atau usrah atau bulatan gembira adalah suatu kumpulan yang mane diketuai oleh seseorang yang dipanggil naqib/naqibah yang mane beliau akan saling menasihati atau share sesuatu kepada ahli kumpulan bagi tujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Lebih kurang macam tuh la, aku pun tak berapa arif dalam bab memberi definisi sesuatu perkara. 


Naqibah aku adalah seorang kakak yang sangat aku respect, sangat aku kagum dengan keperibadian beliau, sangat sejuk mata memandang. Tidak pernah lekang dengan senyuman.
Walaupun jujur lah aku cakap, aku lah orang yang paling tak rapat sekali dengan beliau, berbanding sahabat aku yang lain, mungkin sebab aku dah di "blacklist" gara-gara kemalasan aku untuk turun join Liqa'. Namun dalam diam, aku menyimpan suatu perasaan untuk mencontohi beliau. Aku sedar, siapa jelah aku ini berbanding sahabat liqa' aku yang jauh lebih baik daripada aku. Bagai langit dengan bumi. Mereka lebih terkehadapan dari aku, mereka punya lebih banyak ilmu agama, mereka lebih bijak berbicara, dan obviously, mereka memakai tudung labuh tetapi aku sebaliknya. Jadi wajarlah untuk aku nyatakan di sini, aku berbeza dalam kalangan mereka.


Bagi perisian kami kali ini adalah, kami perlu sediakan kertas dengan pen, kemudian akak naqibah suruh senaraikan 20 impian kamu sepanjang keberadaan kamu di universiti ini. Bukan kah kami punya tiga tahun lagi sebelum graduate, jadi kami perlu nyatakan apakah impian kami dalam jangka waktu tuh la. So, korang nak tau tak ape yang aku tulis? Ni aku type balik, aku tak tipu tau.


20 IMPIAN AKU SEPANJANG BERADA DI UNIVERSITI
1.  Dapat dekan
2.  Nak ramai kawan
3.  Nak jadi rajin
4.  Nak try buat program sendiri
5.  Nak berbisnes sendiri
6.  Nak dapat Leftenan Muda
7.  Nak improve speaking
8.  Nak cakap arab fluently
9.  Nak sumbang sesuatu untuk universiti
10. Nak bawak kereta sendiri 
11. Nak jadi lebih berdisiplin
12. Nak dapat anugerah
13. Nak jumpe face to face dengan NC/Dekan
14. Nak tingkatkan softskill
15. Nak mahir Photoshop
16.Nak amalkan apa yang di belajar
17. Nak homat orang lain, supaya mereka jua bisa hormat kita
18. Nak balance duniawi & ukhrawi
19. Nak pandai bagi tazkirah
20. Nak belajar & tingkatkan ilmu sebanyak yang mungkin.


Haaaa, banyak tak impian aku? Gara-gara masa yang diberikan pun, tidak lah lama. Maka aku tulis lah sebahagian yang aku ingin capai. Belum tentu semua tercapai. Tapi aku percaya dengan prinsip, kalau anda nak, kalau anda betul-betul nak, pasti dapat. Dipendekkan cerita, akak naqibah suh pilih lima impian yang sangat-sangat anda impikan. Arahan ini yang membuatkan aku bingung, lantas aku ambil masa yang sangat lama untuk memilih. Aku jadi tak tentu arah pulak, sebab tak dapat nak decide yang mane satu impian yang sebenarnye aku nak. Jadi aku pilih jela lima yang terbaik untuk aku.


Lima perkara ini, aku rahsiakan lah dari korang. Sebab aku rase, korang pun tak nak tahu kot. Biarlah empunya belog ni je sorang yang tahu apa yang diinginkan atau yang dicapai dalam masa terdekat ni. Lepas tuh, akak tuh cakap,


 "andai kamu ditakdirkan kemalangan, masuk ke dalam ICU misalan, kamu tahu kamu punya waktu yang sangat suntuk, sila pilih satu sahaja perkara yang kamu ingin lakukan sebelum kamu pergi."


Aduhh, saat tuh, aku memang betul-betul terpana. Aku tak tau la nak cakap macam mane. Sebab sah-sah lah pilihan aku telah jauh tersesat dari landasan yang sebenar. Aku ibarat ade besi besar dari langit, turun jatuh, terhantuk kene kepala aku time tuh. Hadess, sakit nye bile kene! Aku renung kembali, kesemua impian yang aku tulis tuh tadi. Banyak persoalan datang bertubi-tubi, kalau betul lah aku mati esok, adakah ini impian yang aku hendak lakukan? Yang mana aku perlu dahulukan? Impian aku ini adakah hanya semata-mata untuk kesenangan dunia? Jawapan nya, ya! Aku tidak nafikan, kepentingan dunia bisa mengaburi mata seseorang. 


Aku jadi segan sangat time tuh. Apatah lagi akak naqibah suruh share pilihan impian yang satu ini dengan sahabat-sahabat lain. Aku kagum malah cemburu mendengar satu persatu impian mereka.


"impian saya adalah untuk menjaga hubungan dengan Allah, rasul,ibu bapa dan sahabat"-kata sahabat aku
"حبل من الله وحبل من الناس"

Macam-macam perkara yang diulaskan semula tentang aktiviti kami tadi. Aku, baru tersedar. Alhamdulillah, andai aku boleh sedar, aku nak sahabat-sahabat aku yang lain juga turut sedar. Alangkah syok nya kalau kita masuk syurga ramai-ramai, berbanding sorang-sorang je. Betol tak ? Jadi, aku rasa tak rugi aku join liqa' tadi walaupun permulaan kalam, aku rasa tak ikhlas nak pergi. Allah tuh Maha Mengetahui & Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Ubah la mentaliti anda semua, aku seru terutama mahasiswa mahupun mahasiswi yang hanya mengejar pointer semata. Itu bukan lah matlamat utama, insyaallah tajdid niat & berusahalah!


Sekian, itu sahaja perkongsian aku. Apa yang baik, jadikan teladan, yang buruk korang abaikan disandarkan atas kelemahan diri aku ini. Wallahua'lam.



Tuesday 27 March 2012

Albi Nadak from Fares.

Assalamualaykum :)


Lately, I was too busy with the assignments. Until i forgot to update my lovely blog. Huhu, btw i would like to share about the song i used in my blog. For me, it was meaningfull because the lyrics was awesome. I started to hear after someone post, and i'm attract to it so much. Hmm i think almost more than hundred times i hear this song. So here the lyrics, Lets sing together! 


ليك, أنا ملك ليك،
تعالى قرب ضُميني محتاج إليك،
ليك وروحي فيك،
ياحب عمر انا عمري كله هاعيشه ليك.

هواك هو الحياة،
وانت اللى انا بعشق هواه،
كان قلبي مناه،
اجمل ملاك يكون معاه.

ياه قلبي نادك واتمناك تبقى انت ويايا،
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معاي،
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك،
وحعيش عمري عشان عينيك،
وعمري فداك.

ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا،
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا،
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك،
وحعيش عمري عشان عينيك،
وعمري فداك.

ايه, أحتاج لايه،
لو كنت جنبي معايا دايما قولي ايه،
ياه ده انا من زامن،
محتاج لقلب يحس بيّه واحس بيه.

هواك والحاية،
وانت لى انا بعشق هواه،
كان قلبي موناه،
اجمل ملاك يكون معاه.

ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا،
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا،
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك،
وحعيش عمري عشان عينيك،
وعمري فداك.

ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا،
ياه بعد السنين، بعد السنين الاقيك هنا معايا،
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك،
وحعيش عمري عشان عينيك،
وعمري فداك.

 Translation in English
For you, I belong to you
Come, approach, embrace me, I need you
For you, and my soul is in you
Hey love of my life, I will live my whole life for you

Your passion is life
And you are the one who I love his passion
My heart wish was
The most beautiful angel be with him

Oh my heart called you 
And wished you to stay to be with me
Oh , after these years, longing and nostalgia
I found you here with me
Oh , hug me to you, you are my lover,
My life is for you
And I will live my whole life for your eyes
And my life is a sacrifice for you
(and my life is in your hands)
Oh my heart called you 
And wished you to stay to be with me
Oh, after these years, longing and nostalgia
I found you here with me
Oh, hug me to you, you are my lover
My life is for you
And I will live my whole life for your eyes
And my life is a sacrifice for you
(and my life is in your hands)
What? What do I need?
If you were beside me, with me, always
Tell me, what?
Oh, from a long time ago,
I need a heart which can feel me and I can feel it
Your passion is life
And you are the one who I love his passion
My heart wish was
The most beautiful angel be with him
Oh my heart called you 
And wished you to stay to be with me
Oh, after these years, longing and nostalgia
I found you here with me
Oh , hug me to you, you are my lover 
My life is for you
And I will live my whole life for your eyes
And my life is a sacrifice for you
(and my life is in your hands)
Oh my heart called you 
And wished you to stay to be with me
Oh, after these years, longing and nostalgia
I found you here with me
Oh, hug me to you, you are my lover
My life is for you
And I will live my whole life for your eyes
And my life is a sacrifice for you
(and my life is in your hands)