Monday 1 July 2013

Sebenarnya...saya kisah silam dia.

"Habis tu yang kau gatal nak pergi jumpa dia jugak, dah kenapa?? Kau jugak yang merana kan!!" soal Farah bertubi-tubi dekat aku. Entah la. Aku sendiri tak mampu nak jawab soalan tu. Kadang aku sendiri tak paham. Aku cuba untuk penuhi hasrat hati aku ni, sedangkan aku dah tau hakikat jawapan nya. Dia sudah dimiliki orang.

Dua minggu yang lepas, Nadia mengikuti sebuah program "Anak Angkat" di sebuah daerah berhampiran Bandaraya Johor Darul Takzim. Dia menjadi sukarelawan di sana.Nadia seorang yang degil, dia tetap dengan keputusannya walhal, dia sudah tahu bahawa Afiq akan turut serta dalam program itu. Sepanjang program, Nadia berasa hatinya berbunga. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.Kesempatan ini, Nadia gunakan sebaiknya untuk berasa dekat dengan Afiq, pemuda yang pernah menjerat hati Nadia suatu ketika dahulu sewaktu bangku sekolah.Namun, kisah mereka terhenti kerana Afiq menyambung pelajaran di luar negara.

Afiq nampak bersahaja apabila bertemu Nadia. Tiada reaksi yang luar biasa, senyuman diukir terus saat disapa Nadia yang dari jauh sudah kelihatan. Kelihatan, hanya Nadia sahaja yang dikenalinya, sedangkan sukarelawan yang lain muka-muka baru lagi. Afiq kekok, mungkin kerna belum berkesempatan untuk bertaaruf lagi.Kebetulan, sewaktu rehat mereka bertembung. Afiq memulakan perbualan. Mereka bercerita seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku antara mereka. Memang benar mereka tidak pernah couple, akan tetapi Afiq pernah melamar Nadia menjadi suri hatinya. Saat itu, Nadia merasa sangat bahagia namun, dia terpaksa menolak kerna baginya, mereka berdua masih tidak matang lagi. Tak lama selepas itu, Afiq mendapat tawaran untuk sambung belajar di Timur Tengah.

"Tolong lah wei, tanyekan kat dia. Aku cuma nak tau, dia dah berpunya ke belum. Tuh je!", Nadia menaip di  chatbox mukabuku. Dia yang telah lost contact sejak pemergian Afiq ke oversea, hanya menunggu sebuah jawapan. Tak jemu untuk bertanya rakan yang boleh dipercayainya. "Betul kau nak tau ni?, dia dah berpunya lah. Dengan orang Kedah". Itulah pengakhiran jawapan yang dinantikan Nadia selama 3 tahun. Noktah!

Program Anak Angkat itu melibatkan 112 orang sukarelawan terdiri daripada mahasiswa seluruh Malaysia. Nadia dan Afiq termasuk dalam golongan yang bertuah itu. Afiq pulang bercuti di Malaysia dan mengisi masa lapang nya dengan menyertai aktiviti kebajikan seperti ini. Sewaktu program, Afiq selalu berhubung dengan Nadia pasal hal program dan Nadia berasa selesa dengan kehadiran pemuda itu. Tetapi Nadia tidak hilang arah, dia masih berpijak di bumi nyata. Pemuda yang berada di hadapannya itu, sudah dimiliki orang. Nadia sedar, tetapi dia tidak mahu perasaan itu menyelubungi dirinya kembali. Cukuplah tangisan Nadia suatu ketika dahulu, perit dan bukan mudah untuk melupakannya.

Semua sukarelawan bersantai melakukan aktiviti dan diperkenalkan dengan keluarga angkat masing-masing. Suatu pengalaman baru bagi Nadia, seorang gadis bandar yang hakikatnya dia sendiri tidak reti memasak. Habis dibebelnya Mak Som, emak angkat Nadia yang baru. "Anak dara tak reti memasak, nanti  laki ko lari cari bini lain tau tak. Nadia dengar tak ni?", Nadia buat-buat tidak dengar lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain. Nasib baiklah Mak Som banyak bersabar dan sepanjang tiga hari bersama, Mak Som sudah mengerti perangai Nadia ni baik budaknya cuma nakal tu dah sebati dalam diri Nadia.

Malam itu,Nadia tidak dapat lelapkan mata. Dia teringat dulu sebelum Afiq pergi luar negara, dia pernah dapat sebuah Al-Mathurat dengan coklat kegemarannya dari Afiq. Memang Nadia rasa terharu sangat dengan pemberian Afiq itu. Tetapi, Afiq kini dah berbeza dari yang dulu. Nadia nampak "penghijrahan" Afiq ini. Amirul Afiq kini sudah berubah, lain daripada yang lain. Afiq kini seorang pemuda yang lebih terjaga dari segi pergaulan, cara percakapan pun dah berubah. Nadia memperhatikan sewaktu Afiq bagi tazkirah dalam program. Nadia tersenyum seorang diri.

Majlis penutupan program diakhiri dengan sesi bergambar. Nadia tidak menunjukkan walau sedikit pun perasaan sedih untuk berpisah dengan Mak Som. Dia tidak mahu Mak Som bersedih. Nadia berazam akan melawat Mak Som nanti. Banyak bekalan Mak Som bagi untuk Nadia. Sewaktu hendak pulang, Afiq berjumpa dengan Nadia. "Eh Nadia, aku takde transport untuk balik lah. Aku tumpang kereta kau boleh?". Nadia terkelu. Hmm,takkan aku nak tolak pulak. "Jomlah!"

Hakikatnya, aku disuruh duduk di bahagian belakang. Afiq menawarkan diri untuk memandu. Aku protes jugak dalam hati, tak salah pun kalau duduk sebelah. Eii menjaga betul mamat ni. Aku memang tidak pernah ke rumah Afiq tetapi aku cuma tahu kawasan sekitar itu sahaja. Sepanjang perjalanan, aku cuba untuk mengajak Afiq berbual bual kosong. Kalau tak, rasa janggal pulak kalau sama-sama diam. Kadang aku terfikir, Afiq ni ingat lagi ke tak peristiwa dulu. Yelah, tiga tahun mungkin sekejap baginya. Tapi bagi aku suatu tempoh yang sangat lama. Nampaknya, memang Afiq tak pernah ungkit langsung cerita dulu. Afiq pemuda yang berkaca mata ini kelihatan tenang sewaktu memandu.

"Nadia, kalau ibu ayah aku ade kat rumah, kau singgah solat dulu yer". Hati aku berdegup kencang. Tak nak lah aku! Segan aku wei, takpelah. Tiba sahaja berhadapan rumah Afiq, kelihatan kereta ayahnya baru sampai. Ibu Afiq bukakan pintu pagar rumah mereka. Aku keluar, untuk bersalaman dengan ibu Afiq."Nadia, aku matikan enjin tau. Kau tumpang solat kat rumah aku yer". Ibu Afiq turut mengajak. Ya Allah saat itu tuhan sahaja yang tahu perasaan aku. Dilema, tetapi aku turuti kemahuan mereka.

Dapatlah aku menjengah ruang tamu rumah Afiq. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki kat rumah mamat ni. Aku disuruh solat di bilik tepi itu. Aku pasti itu bilik Afiq, sebab Afiq letak beg-beg nya tadi kat dalam tu. Alhamdulillah, usai solat. Aku berdoa semahu-mahunya. Cukup sekadar itu. Aku tidak mahu lama dekat rumah Afiq, hakikatnya aku tidak mampu. Bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada mereka sekeluarga kerna sudi menumpangkan aku solat. Sempat juga berbual pendek dengan ayah dan ibu Afiq. Dan ucapan terakhir Afiq "Hati-hati Nadia" terngiang-ngiang dalam fikiran aku, sewaktu aku hendak pulang tadi.

Kini semuanya telah menjadi kenangan. Sesuatu perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu yang takkan boleh diulang kembali. Aku akan ingat sampai bila-bila. Dalam perjalanan pulang, aku berdoa sekali lagi apa yang terbaik buat diriku. Aku tidak langsung ingin menagih kasih kembali, apatah lagi merampas hak orang lain, cuma aku betul-betul yakin segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Hakikatnya, cerita Nadia dan Afiq adalah masa lalu. Sekarang, kami berkawan seperti biasa. Tiada apa yang istimewa. Kau adalah kau. Dan aku adalah aku.

"Aku berjanji pada diriku, Nurul Nadia Binti Fazlan aku akan berubah menjadi Nadia yang baru"


Gambar hiasan.

Semoga Allah redha perjalanan hidupku.
Ameen.



No comments:

Post a Comment