Sunday 30 December 2012

Entry terakhir sebelum 2013

Assalamualaykum.
Dengan ini hamba mengaku dah berabad tak update belog ni. Rasa macam nak remove je, tapi fikir balik. Mustahil lah. Tengok kawan-kawan semua rajingg menghupdate entry dorang. Kali ni nak sembang pasal ape pun aku tak tau. Biase lah tetibe naik mood nak type entry ni. Kalau tak, bukan main malas lagi nak post.

2012 bakal berlalu begitu sahaja, kalau time zaman sekolah, bukan main beria nak sambut tahun baru siap dengan persiapan semua sekaligus. Beli baju, kasut, alat tulis semua baru!! Best gilos. Tapi bila dah jadi budak universiti ni kurang la. Semangat untuk tahun baru? Hmm biasa sahaja. Semangat nak jawab exam melebihi tahap tuh. Hahaha. Aku still macam tak percaya dah nak habis sem 3. Omaigad!! Betul tak aku cakap, pejam celik sekejap je rase. Huhu

Aku rasa 2012 banyak kenangan duka jer. Hahaha. Hish cikmeezo ni, tak baik lah cakap mcm tu. Pasal azam pulak, puas lah aku tulis entry pasal azam aku. Malas nk tulis dah. Cukup2 lah terpampang besar kat bilik aku. Tahun ni memang sangat Gila sebab aku tak pernah expect assignment lecturer sampai bulan 12 still ade yang tak siap lagi. Teruk sangat tak macam sem sebelum nya.

Kadang aku suka stalk life orang lain yang happy manjang. Rasa daily life mereka sangat osem dan lebih syok banding aku. Walhal aku tau, setiap manusia itu akan diuji dengan cara yang berbeza. Mungkin mereka diuji dengan kekayaan, kecantikan mahupun kepandaian sendiri. Diri sendiri yang dah lupe erti bersyukur. Muhasabah balik,

Aku bukan lah sempurna. Hari tuh chat dengan kawan, banyak perkongsian yang dia bagi. Walaupun kejap, aku rasa kata-kata dia amat bermakna. Boleh buat kita berfikir kembali. Tuh la, iman manusia ni tak selalu constant, ade turun dan naik, maka kita sendri kene cari cara untuk sentiasa naik walaupun ambil masa yg sangat lama.

Aku sendri nampak dengan perubahan-perubahan kawan-kawan aku. Alhamdulillah dorang sangat ohsem dan aku bangga sangat. Especially yang study kat oversea, mcm mane dorang still ade bulatan gembira dan boleh nampak ukhuwwah yang rapat gila between them. Waaaaaaaaaaa, rase nak pergi luar negara je!!!!!! Boleh tak!!

Eh awak nyesal ke sebab tak pergi Mesir dulu cikmeezo? Taklah! Aku tak nyesal pongg. Sebab aku yakin dan pasti, satu hari aku akan sampai kat sane. Jeng jeng jeng..bila? Tunggu jelaaa.Aku pernah cakap kat mak, bosan la belajar kat sni mak. Hahahaha selambe je kan...anak mak memang cenggini. Well, actually banyak entry aku miss, daripada Hawa Convention, Ustaz Don, Cameron Highland...sume nye gara2 aku malas nk update. Aku nak offer la, ade sesape nak jadi assistant aku tak? Hahaha jangan risau, upah kutip kat akhirat yer...


Akhir kalam, semoga semua sahabat2 ku berjayaa dengan mumtaz nya......termasuklah aku..hehe