Wednesday 16 January 2013

Sang Sengal tak paham.

Suatu hari yang sangat tenang. "Serius Sengal  tak paham. Eh tolong lah. Kenapa kalau Kacak nak tegur, tapi tak nak tujukan terus kat Sengal . Padahal, terang-terangan hint tuh untuk Sengal . Sengal  tak kesah  kalau Kacak nak tegur berdepan cara hikmah, tapi ni Kacak pakai ayat makan dalam nampak. Meluat tau tak!" sumpah seranah budak tu dalam hati.

Inilah dia kisah Sengal dengan Kacak. Sakit hati Sengal dengan perangai Kacak. Dulu dia bukan macam ni. Sengal selalu tolong dia, selalu borak dengan dia, Kacak selalu kacau Sengal. Berbunga hati Sengal sebab ada juga yang sanggup melayan karenah Sengal yang gila-gila ni.Tapi, semuanya berubah hanya kerana satu malam.

Sengal terkilan sangat. Tak paham. Puas Sengal fikir apa masalahnya. Salah Sengal ke? Berdosa besar ke Sengal ni. Jenuh mikir satu malam. Makin lama, makin melarat. Ayat Kacak di laman sosial melampau! Sengal terasa. Sengal dapat rasakan ayat tuh memang untuk Sengal. Betul, Sengal yakin sindiran itu memang untuk Sengal seorang. Aaaaaargh!!! Kacak kejam! Sengal benci dia.

Sengal ambil masa. Bernafas. " Perlukah ada bunga kalau tiada bernyawa bintang dan cahaya", terngiang-ngiang setiap kali Sengal  nak melelapkan mata.

"Ya Allah, aku sedar diriku ini tak sempurna. Aku hanyalah seorang hamba yang lemah........" tenggelam Sengal bersama Penciptanya....tikar sejadah menjadi bukti..

Sengal akui. Sengal lemah dalam iman. Sengal sentiasa berpaut pada ranting yang rapuh. Akan tetapi, Kacak tak sepatutnya menilai Sengal dalam masa suntuk itu. Kacak gagal. Hanya kerana satu kesalahan, sepuluh kebaikan Sengal dilempar jauh. Terima kasih Kacak kerana mengajar Sengal. Sengal tak pernah dan tak akan menyesal.

Sengal redha atas apa yang berlaku. Andai Sang Kacak sudi meruntuhkan egonya walaupun sedikit, Sengal tak teragak-agak untuk melupakan apa yang berlaku. Apa yang boleh Sengal lakukan..adalah berdoa dan terus berdoa.

"Wahai Sang Kacak, Sengal sedar kita bagai langit dan bumi. Sengal sedar Kacak lahir dari keluarga baik dan beragama. Sengal sangat hormati itu. Sengal sedar.............Sengal tak layak..."

Andai waktu bisa diundur.
Maka perkara yang paling jauh dengan kita adalah "waktu yang lepas".
Wallahua'lam.



# Saat aku mula bosan, mulah merapu, merepek, yang mane terasa. Takde kaitan dengan kau orang pun. Jangan nak perasan boleh tak! Hahahaha. Ni tengah cuba-cuba. Amacam boleh tahan tak? Hehe




No comments:

Post a Comment