Friday 18 January 2013

Salam Jumaat





Benar. Kalau ada sahabat kita yang berkeinginan atau sedang dalam proses nak berubah, support lah dia sehabis mungkin. Jangan sesekali patahkan semangat dia. It's okay, take your time. Sedikit demi sedikit yang penting usaha untuk beristiqamah itu ada.

Maaflah, kadang kita sebagai manusia terlepas pandang. Usaha mereka yang sedikit pun, kita tidak pernah hargai. Apatah lagi meraikannya. Walhal, bagi mereka itulah suatu permulaan yang baru dan mencabar bagi mereka.

"Perjuangan yang pahit itu, akan diakhiri dengan kemanisan di penghujungnya".

Aku melihat sendiri penghijrahan sahabat aku. Aku mampu menilai jarak perbezaan siapa dia dahulu dan sekarang. Andai kita pernah merasa berada di tempat yang paling atas,  maka beringatlah suatu ketika nanti kita jua bisa berada di tempat yang paling bawah. Hanya sekadar peringatan. 

Aku bukan ustazah. Dan aku sedar, aku bukanlah dalam kalangan mereka yang bertudung labuh yang manis sejuk mata memandang. Aku pernah bertanya pada rakan sekuliah, "kau dah pakai stongan (sarung tangan)? sejak bila nih?", tersipu rakan aku tu nak menjawab. Dibalasnya hanya sekuntum senyuman.

Aku sangat menghormati beliau. Timbul rasa cemburu. Suatu ketika dulu, aku pernah disapa rakan  yang lain, mengajak aku solat Dhuha bersama. Puas aku menolak, memberi seribu alasan. Mengapa? Aku pun tak tau. Biasalah kadang mazhab syafie, kadang switch on mazhab hanafi pulak bak kata kawan aku.

Setiap tahun berazam nak jadi orang baik. Nak tunggu kakak naqibah atau akhi kacak turun bagi tazkirah dari langit, memang tak dan lah. First step, niat. Second step, move it! Bulatan gembira aku telah berakhir  pada sem 1 lagi. Takde dah suasana tu lagi, tak feel. Rindu..huhu.

Persoalan : Kenapa kita suka tengok orang lain berhijrah, akan tetapi kita tak sedar bila diri kita ni pulak yang nak berhijrah?

Moga Allah bagi petunjuk dan Hidayah pada hamba-Mu ini.
Teguran itu perlu, tapi teguran yang membina dan berhikmah.
Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment