Wednesday 16 January 2013

Date with classmate.

Sehari setelah kami habis exam, kami bertekad. Nak p cuti jugak. Konon nak release kan tension. Hahaha. Kali ni big boss tak mari. Tapi alhamdulillah semuanye ok. So, disebabkan duit kami berkepuk- kepuk lah sangat, maka kami pun tidur lah dekat hotel. Ops, lupe nak habaq kami bercuti di Bagan Lalang. Tak jauh pun dari Nilai. Adela 45minit kot. Kat sini ade pantai, cuma aktiviti kurang banding dengan Port Dickson. Banana boat pun takde. Sob3.

Meriah gak lah. Pergi dengan enam buah kereta, tapi satu tersadai sebab temperature kereta naik. Haduihh, next time sila check dulu yer. Hihihi bajet aku check sangat la kereta aku. Tapi yang lagi best, sebab kereta aku yang tersayang tuh full dengan berat beg dorang je. Haha. Korang lain kali, fikir- fikir kan lah keadaan pemandu ye. Nasib baik P.A aku ade kat sebelah. Boleh lah tolong suapkan mane yang patut. Hehehee. So suwit kan. Sampai sane terus check-in. Kami memang decide, nak tempah bilik dua je. Satu lelaki, satu ladies. Tapi gara-gara pakcik psiko yang stalk kami ramai dan berpusu-pusu menuju ke bilik. Dia boleh call bilik pulak. Siap manager nak jumpa ktorang pehal.

Boleh pulak habaq mai, "dik, satu bilik limit 4 orang je" tak boleh lebih..blalalalala....buat tazkirah pulak kat situ. Aku yang dengar ni panas hati. Pehal pulak lah hotel ni. Tak pernah dalam hidup aku jumpe camni. Suke ati ktorang lah nak berhimpit pun dalam bilik tuh. Kami yang nak order 2 bilik je. Suke ati la!!!!!!!! Tapi oleh kerana faktor dah malas nak dengar orang tua merepek, kami pun TERPAKSA order lagi 2 bilik. Memang kami kaya. Student kan duit mencurah-curah turun dari langit.

Yang lagi HOT, dia siap tanya lagi. Korang ni tidur berdua lelaki perempuan ke? Hamboiiiii. Mulut takde insuran betol la. Takkan lah kami ni nak buat camtuh. Pesan pakcik, TSUNAMI JAIS selalu kat sni. Korang hati-hati.Ya Allah tak nampak ke muka tulus suci, hati nurani kami ni pakcik. Grrr, kacau mood aku nak bercuti ni. Sabar jelah, itu yang mampu.

Kat sane asyik lapar. lapar.lapar. Hahaha dah macam hape je. Serius, nak tunggu masak petang tuh, then malam baru siap BBQ. Best thing is, lepas dah kenyang, ktorang boleh lumba lari dekat pantai tau tak! Sampai pening orang tuh. Hahahaha pitam ke cik abang oi? Kesian...dah bosan sangat berpoco-poco bagai tapi pakai lagu korea. Tak boleh blah dorang ni. Meriah gak malam tuh sampai la penat.Sampai lah sesi baling tepung untuk beday girl. Hahaha aku tak sangke dorang bawak tepung. Alang-alang dah bawak, ape lagi. Berkerjaran kat pantai tuh dengan suara ktorang je. Budak lelaki relax dan cool membakar ayam. Heheheh.

So, apa-apa pun, aku tetap happy. Harap semua berpuas hati dengan percutian ini. Yang mane duit lebih, kita tunda untuk next punye vacation okay! Haaa tengok lah gelagat ktorang kat sane. Babai..

Renungan mata tajam. Fuhh.

Nice place kan, sebab tu  ramai betul pasangan yang datang.

Ini sangat epik.


Boleh la tahan.


Team bola sepak yang macho habis

Peace yaw!

Cantik, tenang dan bahgia je rase




Ade rezki ketemu kita kembali.

No comments:

Post a Comment