Thursday 14 February 2013

Berakhir suatu kisah.

Alhamdulillah. Kini berakhir lah saat penat lelah aku bermula dari 21 Januari sehingga lah 9 Februari 2013. Suatu tempoh yang sangat panjang bagi aku. Suatu tempoh yang banyak memberi aku seribu satu memori. Itulah dia Annual Camp bagi batch 33 Terpahat di hati aku buat selamanya. Saat berakhirnya kem ini, aku rasa sebak gila. Sumpah! Siapa yang sertai bersama-sama, mereka sahaja yang dapat mengerti apa yang aku rasakan ini. Aku bangga dengan kalian. Aku bangga dengan diri aku juga. Sujud syukur padaMu setelah aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi UKM pada hari terakhir kem. Perwira negara? Rasa macam poyo sangat ayat tuh...huhu

Kalau nak ceritakan pengalaman, tak tercerita dah ni. Aku rasa mau dua hari dua malam aku type, tak jugak siap. Kami antara lelaki dan perempuan dah macam adik beradik. Tapi still, batasan tuh tetap di jaga. Walau kat ceruk hutan, felda mana sekalipun, aku bangga dengan squad lelaki aku yang mampu volunteer jadi imam untuk kami ladies sewaktu dalam kem. Rase macam, " Ha yang nilah nilai yang kami cari"..hahaha. Aku rasa dah takde mase nak cover2 depan dorang ni, waktu muka kita buruk gelap gumpita, yang paling hodoh tuh dorang dah biase tengok. Waktu tudung tengah bapak selebet (tudung senget), tuh pun dorang dah tengok.Apa yang aku cuba sampaikan adalah, mereka dah kenal kami bukan dari luaran semata, malah dalaman.

Dalam sebuah kumpulan, dari kecik lagi kita dah diajar dengan perkataan KERJASAMA. Bawak lah sampai ke organisasi mana sekalipun, nilai ni still diperketengahkan jugak. Same jugak untuk squad aku. Seribu kemaafan dari kami warga ladies andai banyak sangat yang kami kurang, biasa lah kami sedar lelaki squad kami gagah perkasa semuanye. Hehehe. Waktu aku down gile pegang pangkat, nasib ade orang yang sudi menceriakan aku. Aku rasa bertuah lah dikelilingi orang yang memahami ni. Ehhhh..ni bukan cinta berputik dalam hutan tau!! Ni nama nye psikologi skill. Haahaha.

Aku cakap jujur lah, entah kenapa waktu kem ni, tiga kali berderai air mata aku. Pertama, sebab stress sangat. Kedua, sebab aku stress jugak. Hahaha. Ketiga, Tuan aku ajuk aku suh ceritakan sebab ape aku nangis tadi. Memang bertambah tambah nangis lah aku. So, jatuh dah keserian wajah aku sebab ramai sangat tengok aku menangis tersedu sedan. Ramai orang concern dengan aku. Rase terharu pulak. Hahaha kenangan oh kenangan. Huduh betul muka aku waktu nangis!!!!!!

Aku pun tidak terkecuali, dapat kenal dengan lebih rapat kawan-kawan terutama dari UKM. Sebab kami kurang kenal sangat sebelum ni. Biasa lah tu, Bayangkan 18km kami redah. Banyak lagi dan lagi untuk diceritakan. Tapi aku tak mampu khabarkan. Cukuplah setakat itu. Hari terakhir kami sambut dengan kesedihan. Sebab jurulatih yang kami sayangi, yang menjaga kami dari junior lagi akan berpindah. Terkilan sangat sebab tak dapat nak celebrate dengan staf. Apa pun, Annual Camp tahun ni memang superb, mantap habis. Tu je yang mampu aku luahkan. Batch 33 Tetap di hati gua selamanya. Wallahua'lam.

Aku pegang dengan kata-kata ni,

"Memori itu sangat pahit, tapi manis untuk dikenang"


2 comments: