Thursday 26 April 2012

Cameron Highlands.

Selamat Siang.
Gara-gara aku ditenggelami dengan timbunan assignment oleh lecturer. Maka, aku tidak berkesempatan untuk terus konsisten dalam mengupdate belog. Tapi, setelah lecturer grafik aku mewajibkan semua pelajar update belog, inilah waktu yang paling sesuai sekali rasanya.

Baiklah, nak dijadikan cerita. Minggu lalu, aku telah pergi melawat Cameron Highlands untuk kali ketiga dalam tahun ini. Best bukan? Bosan gilaaa.

Kali ni krew produksi kami beraksi di Cameron Highland. Bosan lah asyik shoot kat Singapore dengan Bandung jer kan. Percaya tak? Serious, aku tak tipu. Aku dah lame terlibat dalam bidang ni, cuma ramai kawan-kawan tak tahu. Hahahaha jadi, bertolak lah kami. Ape yang pasti, kami menggunakan laluan yang membuatkan otak aku migrain, kepala bergegar. Bahaya jugak lah sebab laluan sempit, kalau korang tembung pulak dengan belakang lori lagilah lambat. Nak potong? Ha, ni lah jwabnye.


Menjadi perkara biasa, untuk orang yang mabuk kereta sehingga muntah. Kami mengambil inisiatif, berhenti lah kami seketika di tempat orang asli kot. Kami singgah jap kat tepi jalan. Amik udara, sambil-sambil tuh snap satu gambar.



Lepas tuh, the best part is kami tido dekat Equatorial Hotel! Ewwwww sila lah jeles dengan kami! Ok, serious hotel ni boleh tahan. View pun indah belaka. Jadi, aku suggestkan hotel ni untuk sesiapa yang nak datang Cameron. Huhu, padahal banyak je, homestay murah kat sini. Google pun dah boleh dapat.


Dengan muka teruja nye kami sampai kat sini. Well, bukan tak biasa dengan hotel besar camnih. Tapi sebab sifat kami yang childish ni kot. Hahaha meriah rasenye hotel ni dengan kehadiran kami sahaja :P


Jadi, datang bukan untuk bersuka-ria sahaja. Tapi ade Big project kali ni kenelah kerja lebih sikit. Nak hasil yang luar biasa, usaha pun luar biasa la jugak. Naaaaa, yakan? Hahaha. Ni antara serba sedikit kerja kami kat sane.Credit sejuta untuk tiga orang kuat iaitu kak jaja, kak tira, kak aisyah. Korang awesome la.




Antara orang kuat projek.

Dah alang-alang sampai sini, maka menjadi perkara Wajib untuk sesiapa yang singgah di Cameron untuk pergi ke Pasar Brinchang. Barang-barang biasa yang dijual macam-macam contoh key-chain lah. Sebab korang mesti nak bawak untuk jeleskan kawan-kawan yang tak ikot korang tuhh. Hahaha, makanan kat sini kene pandai carilah. Kebanyakan penjual terdiri daripada orang Cina kat sane. Semua sedia maklum lah kan.


Untung la beli dekat amoy. Hehehe

Kalau dah name pun Cameron Highlands, mesti lah ade strawberry kan. Apatah lagi strawberry chocolate. Pehhh memang lah berebut sume orang. Plus, ladang teh tak ketinggalan jugak yer. Scene wajib aidhon.






Sebelum pulang, sempat lah jugak kami singgah di lata iskandar. Sebab on the way nak balik kl, lalu jugak kat sni.




Aku akhiri entry produksi kami kali ni dengan satu gambar. Biarlah pahit permulaannya, tetapi diakhiri dengan kemanisan di penghujungnya. Peace from me. Lots of love, Cikmeezo :)


1 comment:

  1. ok terbaik lah kpada penulis blog nie ngn pic y cute dia masukkan kat cni...hope pasni dapat g lg ngn korang n sume bdak class...happening sgat...

    ReplyDelete