Sunday 29 April 2012

Bertunang.

Bismillah.

Baiklah, sekarang ni aku tengok memang musim kahwin je.
Barakallah aku ucapkan untuk mereka yang sudah mendirikan masjid.
Tengok dorang nikah pada umur yang sangat awal..aku rasa so sweet. Hehehehe

Aku dengan roomate aku, asyik lah bercerita panjang pasal topik ni.
Tetap tak jumpe pengakhiran cerita ini.
Biasa lah baitul muslim ni, memang dah lali dengan mahasiswa/siswi sekarang ni.
Tak salah pun bercerita pasal ni, sebab realiti nya kita akan lalui jugak nanti. Insyaallah hahaha.
Aku bukan nak bercerita panjang pasal bab kahwin,
Korang kene la p kursus kahwin, baru lah tau.

Sebenarnye, aku baru dapat khabar dari kenalan aku dalam bulan ni, bahawa beliau telah putus tunang.
Jadi, perkara ini yang membuatkan aku terfikir dua tiga kali.
Adakah ini menjadi salah satu faktor wanita/lelaki berkahwin pada usia yang lewat?
Atau yang menjadikan mereka takut untuk berkahwin.

Aku ingatkan, orang yang sudah bertunang ni,
Bahagia je hidupnye.
Kita tak pernah sangka dalam waktu tunang ni pun, boleh dilanda badai.

Mungkin, senang lah bagi aku untuk nasihatkan kenalan aku itu, agar jangan terlalu bersedih.
Tapi manusia kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tuh.
Aku tak rasa, apa yang beliau rasa.
Kalau lah aku letakkan diri aku di tempat beliau, mungkin aku pun tak sekuat beliau.

Aku tak tahu apa punca beliau putus.
Baik atas kemahuan pada pihak lelaki atau perempuan.
Bukan lah tugas aku untuk memihak pada siapa-siapa.
Namun, ini sebagai pengajaran kepada rakan-rakan yang lain.
Bertunang mahupun nikah bukanlah perkara main-main, bukan hanya sekadar aku suka kau. Kau suka aku.
Bahkan lebih dari itu.

Sedangkan yang sudah bertunang boleh putus, apatah lagi kalau dah kahwin. Nauzubillah.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.
Niat aku tulis ni, bukan untuk membuka pekung siapa-siapa, tetapi dijadikan teladan.
Wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment