Wednesday, 18 February 2015

PART 1 Memburu Misi 2015:Cintaku Tertinggal di Kinabalu 7 Februari 2015 Misi Menawan Gunung Kinabalu Tercapai!

" Alhamdulillah. Kita insan biasa yang hanya mampu merancang, akan tetapi sedarkah kita bahawasanya Sebaik-baik perancangan adalah datang daripada-Nya. "

Aku, Juju & Zarith. Melihat kebesaran Tuhan mengingatkan erti Syukur itu.


Tak tahu mana nak mula sebab dah lama tak menjenguk blog sendiri. Maka skill menulis pun makin hilang. Ececeh hahaha. Amacam tajuk aku kat atas tu? Gempak tak? Mestilah. Ingat senang ke aku nak fikir tajuk apa aku nak letak. Sebenarnya dah lama aku menyimpan hasrat nak mendaki kinabalu ni. Since, aku tengok cerita "Hatiku di Kinabalu" kalau tak silap lah tajuknya. Plus, classmate kesayangan aku pun orang Sabah. Jadi, sudah semestinya impian aku nak ke sana dah lama ada, cuma dia duduk elok tersimpan rapi. Tak pernah jejak lagi sana. Nak dijadikan cerita, aku terbaca tweet  kawan aku, Juju dia tweet cakap " 1 ladies diperlukan untuk hiking Kinabalu". Aku apa lagi terus reply dan start dari situlah journey aku bermula..dan terhasil lah hashtag aku kat instagram #memburumisi2015. Kalau korang perasan lah kan...

Malas nak menyimpang jauh, so apa Persediaan untuk naik Kinabalu ni? Kalau taknak kaki sakit, training la hiking 2-3 gunung sebelum naik. Kasi fit sikit. Boleh je kalau korang  nak main naik, tapi berbekalkan azam yang tinggi lah ye.Fizikal sahaja tak cukup kalau mental tak kuat. Hoho.Apa barang yang diperlukan? Aku buat simple checlist lah ye.


1. Baju sejuk of kos lah. Yang water-resistance. Beli bundle je murah gila.
2. Glove. Ni wajib beli yang mahal siket kat Universal Traveller tapi beli waktu ade sale sahaja tau.Sebab kat peak (puncak) memang korang akan sejuk gila tangan tu hoi. 
3. Headlamp. Pelis jangan beli yang cikai sangat macam aku. Sekali haram cahaya lampu malap gila. Boleh beli kat pasar malam tapi beli yang mahai siket above rm20.
4. Raincoat. Beli murah je kat seven eleven. Prepare kalau hujan senang, tapi alhamdulillah waktu aku pergi cuaca elok je.
5. Long john. Mende tu? Tu la baju warm korang pakai seolah-olah pakai 3lapis gitu. Beli kat U.T jugak. Bukan baju je, seluar pun ada. Untuk orang tak tahan sejuk macam aku, memang helpful sangat benda ni.
6. Lipbalm. Bibir korang akan cepat kering. Aku pakai vaseline intensive care-Lip Essence Cherry hehehe.
7. Halfcap. Aku tak tau nama dia. Korang pakai nak tutup muka atau telinga sebab sejuk sangat kat peak.
8. Tongkat. Aku takde gambar tapi tongkat sangat membantu especially ladies yang first time naik.
9. Kasut. Pilih la tapak yang tahan lasak. Tak payah mahal pun, pakai kasut getah kungfu tu pun boleh.

Tu je kot yang penting, lain-lain macam stokin dan barang persendirian tu fikir sendiri lah ye. Hehehe ok settle bab ni. Next! Bab booking hotel semua ni kawan aku Juju yang settlekan sume. Aku tak amik pot sangat. Sebenarnya rezeki aku kali ni, sebab aku bayar half je overall hiking ni gara-gara kawan Juju ade cancel. Kira aku sambung bayar balance je. 

First thing! Korang perlu tahu yang korang kena booking awal nak naik Kinabalu sebab ada limit person yang boleh naik dalam masa sehari. Aku tak berapa arif berapa awal, tapi maybe dalam 2 atau 3 bulan sebelum kawan aku dah book. Kita perlu ada permit nak naik atas. Second, nak naik Kinabalu ada dua starting checkpoint. Pertama, Timpohon Gate;tempat aku naik. Kedua, Mesilau trail nama dia. Nanti kat atas akan bertemu la dua-dua laluan ni menjadi satu laluan je. Eh apa aku cakap ni. Korang pandai-pandai lah faham. Hahaha. Apa beza dua laluan ni? Based on kata-kata sorang akak yang aku jumpa hari tu, dia kata kalau laluan Mesilau akan lebih panjang 2km. Tapi view dia memang lagi cun plus korang akan jumpa dua air terjun. Huhuhu InsyaAllah kalau diizinkan naik sekali lagi aku pasti nak try laluan situ cuma adventure siket laluan nya.

Timpohon Gate View-Kebanyakan orang tak hiking tapi datang amik gambar je kat sni.

Kalau ikut trip ktorang bertiga, kami semua book terus hotel yang berhampiran kat area Timpohon Gate sehari sebelum. So, senang nanti bangun pagi, breakfast dan ade transport ke sana akan disediakan terus. Tapi untuk tips jimat kos, korang boleh cari homestay yang harga jauh lebih murah dan ramai orang yang buat macam tu dorang datang waktu pagi tu sahaja terus, takyah tidur situ.Kebiasaannya, Juju cakap dulu dia pernah tidur kat dorm yang bercampur lelaki dan perempuan, tapi nasib kami ni jauh beribu kali baik sebab dorm dah penuh. So, pihak hotel bagi kami twin bed Liwagu Suite. Bayaran sama je macam dorm tu jugak. Aku pun tak faham. Kami ingat twin bed tu satu bilik dua katil. Sekali tengok....pehhhh korang tengok lah sendiri. Dapat dua bilik. Juju stay dengan Zarith. Aku bajet berani aku tidur bilik lagi satu sebab rugi beb kalau tak guna. Kenapa aku cmtu? Ha korang tengok la sendiri bilik Liwagu Suite dia camne...







Okay, habis part tu. Satu malam je pun kami stay situ. Puas hati, cuma....bunyi-bunyi pelik tu membuatkan aku tak tidur lena malam tu. hahahha. Dah padan muka sebab tidur sorang. Aku sentiasa positif bunyi irama hutan dan cengkerik kan...hehe. Okay, so yang best nya breakfast, lunch pack untuk bawak ke atas pun korang akan dapat sekali kalau amik pakej hotel sini. Tu yang mudah.

So, pagi tu korang akan settlekan dekat tempat macam Pejabat dia la, untuk jumpa tour-guide korang, permit and ade few borang yang perlu diisi sebelum naik. Macam kali ni Juju dah deal awal dengan tour-guide dia dua tahun lepas kalau tak silap waktu first time dia naik. Maka kami pun jumpa lah si Sylvester nama dia. Sepatutnya pihak sana akan decide korang dapat siapa tour-guide. Tapi Juju dah deal awal kan...akan tetapi meh aku nak habaq kat hampa, betapa pentingnya tour-guide ni. Macam Slyvester ni memang aku sarankan sangat kat korang pilih dia sebab dia pandai lah layan kami bertiga ni. Especially bila ada time nak give up kat atas..dia boleh bagi support, buat lawak. Tapi bila tengok tour-guide orang lain, ade yang masam mencuka, senyap je. Siap ada yang asyik suruh nak cepat je naik atas, so tak best lah kat situ. Nasib baik kami dapat yang terbaik hoho. Nak dijadikan cerita, kami bawak beg ringan je masing2, tapi ada satu bagpack kami suh slyvester angkut barang2 kami tu naik. Akan dikenakan charge maksimum 10kg rm100 la camtu,so share la bertiga. Barang apa kami isi tu? Well, barang baju nak tidur kat hotel kat atas tu la.

Hotel? Huu, sebenarnya mana ada orang hiking kinabalu satu hari terus naik puncak. Kebiasaanya akan sampai kat tengah-tengah perjalanan tu then tidur kat hotel situ. Okay, nama kawasan hotel tu Laban Rata.
So, ni ha aku terangkan siket biar korang nampak perjalanan nak sampai ke atas tu.


Meh sini aku explain carta di atas. Kami start dari Timpohon Gate. Sepanjang laluan akan ada la banyak pondok yang korang akan lalu. Setiap pondok, ada tandas yang ok dan berfungsi lah flash dia. Tu yang penting haha. Akan ada penanda tulis berapa km korang dah jalan. So starting dari Timpohon Gate, nak pergi hotel Laban Rata adalah sejauh 6km. Tapi dari Laban Rata nak ke puncak Kinabalu hanya 2.7km sahaja. Tapi...banyak betul tapi..nampak macam mudah 2km tapi korang jalan waktu malam beb..tu yang makan masa..plus, akan berlaku traffic jem kat atas bila ada yang slow naik tangga. Maka polis takde, boleh la selit-selit potong lalu-lintas macam aku ni jenis tak sabar. hahaha.

Rekod aku kat sini lah kan. Hahah nak jugak tunjuk rekod. Suka hati aku laa...

Dari Timpohon Gate jam 9.00 pagi sampai ke Laban Rata jam 2.15 petang.
Dari Laban Rata jam 2.45 pagi sampai ke puncak jam 5.30 pagi
Dari puncak jam 7.30 pagi sampai ke Laban Rata jam 8.40 pagi
Dari Laban Rata jam 10.35 pagi sampai ke Timpohon Gate jam 1.40 tengahari.

Beza betul waktu naik dan turun. Ha banyak lagi aku nak cerita ni. Tak tau nak cerita mana dulu. Kita sambung PART 2 lah ye...kalau nak tau, tungguu lah ye.

3 comments: