Saturday 15 September 2012

Semester Tiga

Baru seminggu aku bergelar mahasiswi QM semester tiga. Alhamdulillah sebab kelas tutorial mula minggu hadapan hehehe. Ada peluang lah nak merehatkan minda sekejap, setelah penat bertungkus lumus mengusahakan pengambilan kadet yang baru ni. Banyak sangat dan terlalu banyak perkara yang bermain dekat otak aku. Agaknya, boleh pecah kepala kalau tidak diurus dengan baik.

Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dapat tinggal di kediaman Akasia. Ada  kelebihan dan tidak dinafikan, ada juga kekurangannya. Apa lagi yang aku mampu ucapkan selain daripada kalimah syukur. Bertemu dengan rakan-rakan sebilik yang baru, adalah suatu pengalaman yang cukup berharga buat aku. Dahulu nya tidak pernah bertegur sapa, sekarang sudah serumah. Pasti janggal, apatah lagi masing-masing punyai kawan rapat sendiri tatkala menjejakkan kaki ke fakulti. Bagaimana nak mengeratkan lagi hubungan itu? Aku sangat hargai waktu terluang bersama mereka, untuk berbual mengenai hal keluarga, rakan dan sebagainya..tapi masih wujud jarak pemisah itu. Mungkin aku perlu waktu yang lebih lama untuk bermesra dan mengenali mereka sepenuhnya. InsyaAllah.

Semester ini pastinya lebih mencabar buat aku. 20 jam kredit memaksa aku untuk membuat perancangan yang lebih awal dan teliti. Sungguh, setiap kali hari minggu aku akan ada latihan di UKM dan aku yang kena sentiasa mengejar masa.Subjek aku yang kesemuanya diajar dalam bahasa Arab pada semester kali ini, boleh membunuh aku agaknya. Huhuhu. Tak tentu arah jadinya, sebab tahap aku masih di peringkat biasa-biasa sahaja. Al- maklum lah, sudah berapa lama aku tidak praktikkan bahasa Quran itu..yang pasti, aku memang suka dan suka bahasa Arab apatah lagi jikalau mendengar orang yang boleh berkomunikasi dalam arab dengan fasihnya. Rasa jatuh cinta! Rasa nya sebelum ini pun pernah...huhu

Apa pun, semua orang pasti mahukan yang terbaik. Termasuk diri aku juga. Cikmeezo nak pesan, kena seimbangkan duniawi dan ukhrawi. Semoga Allah bukakan pintu hati aku ni. Agar mudah pelajaran nak masuk nanti, semoga Allah redha atas segalanya dan menerima amalan aku. Semoga dipermudahkan segala urusan. Dan moga semester tiga kali ini lebih baik dan lebih bersinar-sinar ditambah Nurrrr cahaya rahmat berbanding yang lepas. Ameen.


Krew video kami tempoh hari ^_^


Salah dan silap harap dimaafi. 
p/s : Eh, perasan tak aku tulis bahasa Melayu baku kat atas tuh? hihihi



2 comments: