Wednesday, 16 January 2013

Sang Sengal tak paham.

Suatu hari yang sangat tenang. "Serius Sengal  tak paham. Eh tolong lah. Kenapa kalau Kacak nak tegur, tapi tak nak tujukan terus kat Sengal . Padahal, terang-terangan hint tuh untuk Sengal . Sengal  tak kesah  kalau Kacak nak tegur berdepan cara hikmah, tapi ni Kacak pakai ayat makan dalam nampak. Meluat tau tak!" sumpah seranah budak tu dalam hati.

Inilah dia kisah Sengal dengan Kacak. Sakit hati Sengal dengan perangai Kacak. Dulu dia bukan macam ni. Sengal selalu tolong dia, selalu borak dengan dia, Kacak selalu kacau Sengal. Berbunga hati Sengal sebab ada juga yang sanggup melayan karenah Sengal yang gila-gila ni.Tapi, semuanya berubah hanya kerana satu malam.

Sengal terkilan sangat. Tak paham. Puas Sengal fikir apa masalahnya. Salah Sengal ke? Berdosa besar ke Sengal ni. Jenuh mikir satu malam. Makin lama, makin melarat. Ayat Kacak di laman sosial melampau! Sengal terasa. Sengal dapat rasakan ayat tuh memang untuk Sengal. Betul, Sengal yakin sindiran itu memang untuk Sengal seorang. Aaaaaargh!!! Kacak kejam! Sengal benci dia.

Sengal ambil masa. Bernafas. " Perlukah ada bunga kalau tiada bernyawa bintang dan cahaya", terngiang-ngiang setiap kali Sengal  nak melelapkan mata.

"Ya Allah, aku sedar diriku ini tak sempurna. Aku hanyalah seorang hamba yang lemah........" tenggelam Sengal bersama Penciptanya....tikar sejadah menjadi bukti..

Sengal akui. Sengal lemah dalam iman. Sengal sentiasa berpaut pada ranting yang rapuh. Akan tetapi, Kacak tak sepatutnya menilai Sengal dalam masa suntuk itu. Kacak gagal. Hanya kerana satu kesalahan, sepuluh kebaikan Sengal dilempar jauh. Terima kasih Kacak kerana mengajar Sengal. Sengal tak pernah dan tak akan menyesal.

Sengal redha atas apa yang berlaku. Andai Sang Kacak sudi meruntuhkan egonya walaupun sedikit, Sengal tak teragak-agak untuk melupakan apa yang berlaku. Apa yang boleh Sengal lakukan..adalah berdoa dan terus berdoa.

"Wahai Sang Kacak, Sengal sedar kita bagai langit dan bumi. Sengal sedar Kacak lahir dari keluarga baik dan beragama. Sengal sangat hormati itu. Sengal sedar.............Sengal tak layak..."

Andai waktu bisa diundur.
Maka perkara yang paling jauh dengan kita adalah "waktu yang lepas".
Wallahua'lam.



# Saat aku mula bosan, mulah merapu, merepek, yang mane terasa. Takde kaitan dengan kau orang pun. Jangan nak perasan boleh tak! Hahahaha. Ni tengah cuba-cuba. Amacam boleh tahan tak? Hehe




Monday, 14 January 2013

Her day.

Assalamualaykum. Pada 10.1.2013 yang lepas adalah hari terakhir kami menjalani exam dengan jayanya. Aku rasa bahgia jawab paper pada last paper. Dan pada hari itu jugaklah hari bersejarah buat kawan aku. Hari lahir dia. Maka, aku dengan kawan2 untuk celebrate bagi dia feel sket la kan. Hehehehe, tapi kali ni biase biase je. So, kami celebrate dekat mane? Acu teka..huhu


Sedap sehingga menjilat jari...




Ok, kami semua dah kenyang, half ni tapau...hehe



Setelah penat kekenyangan, maka kami pun decide la nak pergi karaoke. Tapi, atas faktor2 membimbangkan, kami cancel..hahahha hanya tuhan je yang tau ape sebab ktorang tak jadi pergi. So, decide nak pergi men bowling.....

amacam kasut baru? boleh tahan la..


sesi posing bile habis men bowling..

erk! ini over-limit betol.

And lastly, aku ade buat video untuk dia, so aku rase this year paling heaven kot untuk dia. Hahahah. So guys, ni video simple je. Jangan nak bahan aku pulak pasni k. Sekian, assalamualaykum.