Tuesday, 3 April 2012

My happy day

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, tadi baru balik dinner dengan abah. Dinner la sangat, ayat nak gempak jer. At least, aku dapat menggembirakan hati aku ni even sekejap sahaja. Al maklum lah siapa lagi nak hiburkan hati kalau bukan diri sendiri. Hari ni sume bende jadi tak betul. Asal tak betul je, mesti hari ni. Sadis kan kawan-kawan?


Tapi tak mengapa, aku redha. Eh, itu pasrah nama nya. Jadi, oleh itu pada hari yang berbahagia ini, aku nak buat ucapan lah untuk seseorang. Memang khas aku nak buat untuk dia.


Kepada awak,
Saya berharap awak dapat beristiqamah dalam segala perkara kebaikan yang awak lakukan.
Saya nak awak bertahan dalam setiap ujian yang Allah bagi, saya tak nak awak sedih lagi.
Saya harap awak dipermudahkan dalam segala urusan.
Saya harap awak akan jadi insan yang mampu memberikan manfaat kepada orang lain kelak.
Saya nak awak dapat jaga diri awak tuh elok-elok.
Saya nak awak belajar betul-betul.
Saya nak awak berjaya grab what you want.
Saya nak tengok awak graduate nanti.
Saya nak tengok awak bahgia bersama orang tersayang.
Saya nak awak jadi kuat.
Saya nak awak jaga hubungan dengan orang lain yer.


Insyaallah moga Allah kabulkan. Ameen.






Orang yang aku maksudkan kat atas tuh, mestilah untuk diri aku sendiri. Happy besday awak, sweet 20. Kbai peace!

Sunday, 1 April 2012

Part-time photographer

Assalamualaikum. Salam kerinduan.


Gempak tak tajuk aku? Bermula lah kisah, pabila aku jadi photographer bidan terjun tadi untuk Program Sukaneka Ukhuwwah Blok C. Maka dengan ini aku isyiharkan kepada seluruh alam bahawa aku tidak punya skill "menembak" lagi. Sesungguh nya menjadi suatu impian besar untuk aku menjadi seperti sahabat-sahabat aku yang lain. Mereka sudah taiko dalam bidang ini berbanding aku yang hanya sekadar mampu meminjam camera budak lain dan berlagak sombong guna tak hengat dunia, ibarat camera sendiri. Jujur tak?


p/s : Ikuti post aku akan datang pasal Sukaneka ye. Aku butuh waktu karena assignment melambung tinggi.